Nama

 : Muhd Nur Fiqrie bin Ikmal

 Umur

 : 12 Tahun

 Tahun menjadi Ahli PI

 : 2017

 

Latar belakang

Muhd Nur Fiqrie bin Ikmal merupakan pelajar tahun 5 di SK Sematan dan merupakan ahli berdaftar di PI Kg Tanah Hitam bermula pada tahun 2017. Adik Fiqrie merupakan salah seorang ahli yang aktif mengikuti apa-apa program yang di adakan di PI Kg Tanah Hitam Sematan. Beliau juga di antara ahli PI yang sering membantu sekiranya terdapat aktiviti yang diadakan di PI

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau di PI, adik Fiqrie tidak didedahkan dengan cara penggunaan komputer. Ini disebabkan beliau tidak mempunyai kemudahan komputer di rumah dan beliau hanya belajar menggunakan komputer di sekolah. Sejak penubuhan PI di Kg Tanah Hitam, adik Fiqrie mengambil peluang untuk belajar menggunakan komputer.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan komputer yang di adakan di Pusat Internet Kg Tanah Hitam, beliau telah belajar cara untuk menaip dan juga melayari internet. Selain itu,adik Fiqrie juga telah mampu untuk menggunakan Microsoft Word dan juga Microsoft Powerpoint. Di antara kemahiran yang telah beliau pelajari di PI ialah membuat surat kiriman rasmi dan juga membuat slide show.

WhatsApp Image 2019-09-02 at 8.13.33 AM 1

 

 

 

 

 

 

 Nama

 : Mohd Amirul Adzim Saleh

 Umur

 : 32 Tahun

 Tahun menjadi Ahli PI

 : 2019

 

Latar belakang

Encik Mohd Amirul merupakan penduduk Kampung Sebat Baru, Sematan. Beliau sudah mendirikan rumah tangga dan sudah mempunyai 2 orang anak. Beliau mendapatkan pendidikan di SRB Chung Hua Sematan dan SMK Sematan. Beliau merupakan seorang usahawan dan memulakan perniagaan menjual produk Firmax3 sejak tahun tahun 2015.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti aktiviti dan juga kelas yang diadakan di PI, Encik Mohd Amirul mula berniaga tanpa mempunyai sebarang pengetahuan asas dalam bidang perniagaan dan tidak mempunyai kenalan yang ramai untuk membuat promosi produk beliau. Beliau juga kurang mahir menggunakan komputer dan aplikasi untuk mempromosikan perniagaan beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas Encik Mohd Amirul mengikuti kelas latihan ICT dan keusahawanan yang di adakan di Pusat Internet Kg Tanah Hitam, beliau kini mempunyai kemahiran yang lebih baik untuk menggunakan komputer dan aplikasi seperti Whatsapp web dan Canva. Beliau juga telah mempelajari cara merekod untung rugi di dalam perniagaan menggunakan Microsoft Excel.

 

11232442342332e

 

 

 

 

 Nama

 : Marzuq Bin Muhamad

 Umur

 : 12 Tahun

 Tahun menjadi Ahli PI

 : 2017

 

Latar belakang

Marzuq ialah pelajar di sekolah rendah Tahun 6 di SK Sematan. Adik Marzuq berumur 12 tahun dan merupakan anak bongsu daripada 7 orang adik beradik.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum pengllibatannya di PI, adik Marzuq tidak pernah menggunakan papan kekunci komputer, apalagi aplikasi yang perlu digunakan untuk melayari internet. Microsoft adalah perkara baru bagi adik Marzuq. Kemahiran penggunaan komputer bagi adik Marzuq boleh dikatakan tiada.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas dan latihan komputer yang dibimbing oleh Petugas Pusat Internet Kg Tanah Hitam, adik Marzuq kini boleh menaip dan mencari sumber-sumber di internet untuk menyiapkan kerja sekolahnya. Adik Marzuq juga tahu akan penggunaan Microsoft Word dan Powerpoint seperti yang telah diajar di dalam kelas ICT dan mengaplikasikannya di luar untuk kegunaan di sekolah dan di rumah

 

WhatsApp Image 2019-01-26 at 11.57.32 AM

 

 

 

 

 Nama

 : Zainul Arifin B. Mohd Habibollah

 Umur

 : 27 Tahun

 Tahun menjadi Ahli PI

 : 2019

 

Latar belakang

Encik Zainul merupakan penduduk Kpg Sebat Melayu Baru, Sematan. Beliau mendapat pendidikan di SK Dato Traoh, Kota Samarahan dan di SMK (A) Sheikh haji Othman abdul wahab, Kuching. Beliau yang masih berstatus bujang dan memulakan perniagaan mengecat (spray)terutama barangan motorsikal secara kecil kecilan sejak bulan Oktober 2018.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti aktiviti dan juga kelas yang diadakan di PI, Encik Zainul memulakan perniagaan dari tahun 2018 tanpa sebarang pengetahuan ICT dan promosi di Facebook hanya mendapatkan jumlah pendapatan sebanyak RM400-RM500 sebulan. Dan rata-rata pelanggannya hanyalah dari kalangan rakan-rakan dan saudara mara sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas Encik Zainul mengikuti kelas latihan ICT dan keusahawanan yang di adakan di Pusat Internet Kg Tanah Hitam, beliau kini mempunyai kemahiran yang lebih baik untuk mempromosikan perniagaan beliau. Kemahiran menggunakan Facebook page dan Canva yang dipelajari di PI dipraktikkan oleh beliau sehinggakan pelanggannya bertambah dan mampu menjana pendapatan sehingga RM700-RM800 sebulan.

 

WhatsApp Image 2019-04-26 at 10.52.23 AM

 

 

 

 

 Nama

 : Baiduri bt Ismail

 Umur

 : 49 Tahun

 Tahun menjadi Ahli PI

 : 2019

 

Latar belakang

Puan Baiduri merupakan usahawan pastri di Kampung Tanah Hitam,Sematan.Beliau mendapat pendidikan di SRK Batu Lintang Kuching dan juga SMK Batu Lintang Kuching. Puan Baiduri berasal dari Kuching Sarawak dan telah mengikut suami beliau berpindah ke Kampung Tanah Hitam sematan.Beliau mempunyai 3 orang anak dan telah memulakan perniagaan bakeri pada tahun 2012

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum Puan Baiduri melibatkan diri dengan aktiviti di PI,beliau tidak pernah melayari internet menggunakan komputer. Beliau hanya menggunakan telefon bimbit untuk mencari maklumat dan juga mempromosikan perniagaan beliau di Facebook.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan di PI,beliau telah belajar menggunakan komputer dengan tunjuk ajar dari petugas. Selain itu, beliau juga menghadiri kursus keusahawanan di PI untuk meningkatkan lagi ilmu perniagaan beliau. Puan Baiduri juga selalu menggunakan perkhidmatan di PI kerana beliau dapat menjimatkan kos mencetak berbanding menggunakan perkhidmatan di tempat lain

 

WhatsApp Image 2019-04-26 at 10.52.42 AM 1