Nama

 : Melati binti Hasbi

 Umur

 : 35 Tahun

 Tahun menjadi Ahli PI

 : 2020

 

Latar belakang

Merupakan anak kelahiran Daerah Kecil Sematan, berumur 35 tahun serta menjalankan perniagaan makanan basah seperti ikan, udang, ambal, ketam sotong dan sebagainya. Mempunyai 5 orang adik beradik dan merupakan anak yang kedua. Menjalankan perniagaan sejak setahun yang lalu dengan menjual ikan sahaja bagi memenuhi permintaan penduduk kampung.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan pusat internet, beliau kurang berkemahiran dalam penggunaan komputer terutama kemahiran asas komputer seperti cara menghidupkan komputer, cara menggerakkan kursor pada skrin komputer serta mencari Menu pada skrin komputer. Kurang berkemahiran dalam asas fotografi serta ‘editing’

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan beliau dalam setiap kelas yang dianjurkan oleh pusat internet, beliau sudah mengetahui serba sedikit tentang Microsoft Word. Beliau mengaplikasikan kemahiran yang ada untuk mengira stok jualan, merekod keuntungan jualan serta membuat kad perniagaan menggunakan Microsoft Power Point. Beliau juga kerap mempromosikan jualan beliau di media social.

 

melati

 Nama

 : Julia binti Kadir

 Umur

 : 39 Tahun

 Tahun menjadi Ahli PI

 : 2020

 

Latar belakang

Memulakan perniagaan sejak 3 tahun yang lalu dalam bidang perniagaan makanan dan minuman serta pembuatan kek lapis. Berniaga secara online di Facebook dan secara tempah di rumah beliau. Menetap di Daerah Sematan sejak beberapa tahun yang lalu. Berumur 39 tahun serta mempunyai 5 orang anak serta menetap di Kampung Tanah Hitam, Sematan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau di pusat internet, beliau kurang berkemahiran dalam menggunakan komputer. Hanya tertumpu kepada telefon pintar semata-mata untuk tujuan promosi produk. Tidak mengetahui cara mendaftar akaun dalam laman sosial dan cara membuat emel rasmi untuk perniagaan beliau. Kurang mengetahui tentang ilmu tentang fotografi dan videografi disebabkan kurangnya kursus berkaitan perniagaan yang beliau hadiri.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan beliau di pusat internet, banyak kelas berkaitan perniagaan atas talian yang telah beliau hadiri. Antaranya, kelas fotografi, videografi, pemasaran, keuntungan perniagaan, Shopee dan sebagainya. Mahir dalam menggunakan Microsoft Word untuk pengiraan stok produk jualan agar perancangan peniagaan yang sistematik dapat dicapai. Berjaya memasarkan produk jualan di dalam platform perniagaan terkini iaitu Shopee atas bantuan petugas pusat internet.

 

jue

 Nama

 : Fazaemira bt Kamarizan

 Umur

 : 26 Tahun

 Tahun menjadi Ahli PI

 : 2019

 

Latar belakang

Saudari Fazaemira merupakan lepasan SPM yang berstatus bujang. Hanya bekerja sendiri bersama kakak beliau sebelum mengambil langkah untuk menjalankan perniagaan berasaskan makanan di Daerah Sematan

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan Pusat Internet Kg. Tanah Hitam, beliau kurang mengetahui tentang cara-cara atau kaedah untuk memasarkan hasil jualan beliau kerana tidak mempunyai jaringan internet yang baik di rumah. Sebelum ini, hanya berstatus kerja sendiri dan tidak memikirkan untuk menjalankan perniagaan sendiri. Pengetahuan tentang penggunaan komputer hanya di peringkat asas.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah menghadiri kelas atau aktiviti yang dianjurkan oleh pusat internet berdekatan, beliau mengetahui serba sedikit cara untuk menaikkan jualan perniagaan beliau. Antara yang dipelajari adalah kaedah mengambil gambar yang baik melalui kelas fotografi  serta kelas pemasaran melalui media sosial. 

 

 a

 

 

 Nama

 : Mohd Azriq

 Umur

 : 12 Tahun

 Tahun menjadi Ahli PI

 : 11 Jun 2017

 

Latar belakang

Adik Mohd Azriq berusia 12 tahun dan merupakan pelajar tahun 6 di sekolah rendah di SK Sematan. Beliau merupakan anak kedua dari 3 orang adik beradik. Adik Azriq merupakan ahli di Pi Kg Tanah Hitam Sematan bermula pada tahun 2017.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum pengllibatannya di PI, adik Azriq tidak mempunyai peluang untuk menggunakan komputer kecuali pada waktu persekolahan. Oleh itu, pengetahuan penggunaan komputer adik Azriq adalah sangat terhad

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas dan latihan komputer yang dibimbing oleh Petugas Pusat Internet Kg Tanah Hitam, adik Azriq telah mampu untuk menggunakan komputer. Beliau telah pandai menaip menggunakan Micorosoft word dan juga Microsoft Powerpoint.

 

WhatsApp Image 2020-02-15 at 10.39.02 AM

 Nama

 : Abg Shahizuan bin Abg Kaderi

 Umur

 : 34 Tahun

 Tahun menjadi Ahli PI

 : 2020

 

Latar belakang

Saudara Abg Shahizuan merupakan penduduk asal Bahagian Serian, Sarawak. Berhijrah ke Kpg Telok Melano kerana mendirikan rumah tangga sejak beberapa bulan yang lalu. Merupakan bekas pelajar SMK Tebakang, Serian serta mempunyai 11 orang adik-beradik. Beliau merupakan anak bongsu.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan PI, beliau tidak mengetahui cara pemasaran yang berkesan untuk mempromosikan perniagaan homestay beliau. Tidak mempunyai akaun media sosial seperti Facebook & Instagram memberi implikasi buruk terhadap perniagaan beliau. Pendapatan sebulan tidak seberapa berbanding kerosakan yang dialami di setiap kediaman homestay.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing dan nasihat oleh petugas Pusat Internet Malaysia Kg Tanah Hitam, kini beliau telah mempunyai ilmu untuk meningkatkan keuntungan bulanan hasil mengusahakan bisnes homestay. Perkara yang dipelajari temasuklah kemahiran pemasaran digital, kemahiran media sosial serta banyak lagi. Penghuni homestay adalah dalam kalangan penetap yang jauh iaitu di kawasan bandar. Anggaran pendapatan sebulan beliau boleh mencecah RM2000-RM2500 sebulan tertakluk kepada permintaan penghuni.

 

WhatsApp Image 2020-06-26 at 2.49.00 PM