Nama

 : Hamisa bt Muhammad

 Umur

 : 24 Tahun

 Tahun menjadi Ahli PI

 : 2018

 

Latar belakang

Cik Hamisa merupakan penduduk tetap Kampung Tanah Hitam,Sematan dan berusia 24 tahun. Beliau merupakan anak ke 4 dari 7 orang adik beradik dan mendapat pendidikan di SMK Sematan. Beliau telah berniaga pelbagai jenis juadah secara online selama 2 tahun.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti aktiviti dan juga kelas yang diadakan di PI, strategi promosi Cik Hamisa sangat lemah dan tidak mampu untuk menarik ramai pelanggan. Beliau hanya membuat promosi melalui percakapan dengan jiran setempat dan beliau tidak mampu untuk mengembangkan perniagaan online yang diusahakan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas Cik Hamisa mengikuti kelas latihan ICT dan keusahawanan yang di adakan di Pusat Internet Kg Tanah Hitam, beliau kini mempunyai kemahiran yang lebih baik untuk mempromosikan perniagaan beliau. Beliau lebih aktif di media sosial untuk tujuan promosi menggunakan kemudahan yang disediakan di PI.

 

WhatsApp Image 2018-12-06 at 9.08.37 AM