Nama

 : Zainul Arifin B. Mohd Habibollah

 Umur

 : 27 Tahun

 Tahun menjadi Ahli PI

 : 2019

 

Latar belakang

Encik Zainul merupakan penduduk Kpg Sebat Melayu Baru, Sematan. Beliau mendapat pendidikan di SK Dato Traoh, Kota Samarahan dan di SMK (A) Sheikh haji Othman abdul wahab, Kuching. Beliau yang masih berstatus bujang dan memulakan perniagaan mengecat (spray)terutama barangan motorsikal secara kecil kecilan sejak bulan Oktober 2018.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti aktiviti dan juga kelas yang diadakan di PI, Encik Zainul memulakan perniagaan dari tahun 2018 tanpa sebarang pengetahuan ICT dan promosi di Facebook hanya mendapatkan jumlah pendapatan sebanyak RM400-RM500 sebulan. Dan rata-rata pelanggannya hanyalah dari kalangan rakan-rakan dan saudara mara sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas Encik Zainul mengikuti kelas latihan ICT dan keusahawanan yang di adakan di Pusat Internet Kg Tanah Hitam, beliau kini mempunyai kemahiran yang lebih baik untuk mempromosikan perniagaan beliau. Kemahiran menggunakan Facebook page dan Canva yang dipelajari di PI dipraktikkan oleh beliau sehinggakan pelanggannya bertambah dan mampu menjana pendapatan sehingga RM700-RM800 sebulan.

 

WhatsApp Image 2019-04-26 at 10.52.23 AM