Nama

 : Abdul Kazar Bin Razak     

 Umur

 : 10 Tahun

 Tahun menjadi Ahli PI

 : 2017

 

Latar belakang

Adik Abdul Kazar merupakan pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hua Sematan. Berumur 10 tahun dan lahir pada 12 November 2011. Abdul Kazar merupakan anak bongsu daripada empat orang adik-beradik dan menetap bersama keluarga di Kampung Tanah Hitam, Sematan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Adik Abdul Kazar mula berkunjung ke Pusat Internet Komuniti Kg Tanah Hitam semasa menyertai program dan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak PIK. Adik Abdul Kazar juga mengikuti sesi pembelajaran tuisyen yang dianjurkan oleh petugas. Semasa sesi aktiviti yang melibatkan penggunaan komputer petugas mendapati adik Abdul Kazar kurang mahir dalam menggerakkan tetikus dan menaip serta kurang pengetahuan untuk menggunakan komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti program dan aktiviti yang melibatkan penggunaan komputer di PIK, adik Abdul Kazar mula menunjukkan peningkatan semasa menaip dan lebih selesa menggerakkan tetikus untuk tujuan mengarahkan kursor ke arah tertentu. Kepelbagaian kaedah pengajaran seperti sesi kuiz menggunakan Kahoot dan menonton video pembelajaran di YouTube semasa kelas tuisyen juga memberi pendekatan ICT kepada peserta. Adik Abdul Kazar juga aktif serta menunjukkan minat yang positif dalam penggunaan ICT apabila tekun mempelajari cara memperoleh maklumat menggunakan Google Chrome.

 Nama

 : Hasiah Binti Suni

 Umur

 : 49 Tahun

 Tahun menjadi Ahli PIK

 : 2017

 

Latar belakang 

Bermula daripada seorang usahawan kedai makan yang menjual makanan bakar seperti ayam bakar, Puan Hasiah mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan produk makanan berasaskan hasil laut buatan sendiri seperti cencaluk, rusip, belacan dan sebagainya. Menetap berdekatan perkampungan nelayan merupakan kelebihan kepada Puan Hasiah untuk mendapatkan hasil laut yang diperlukan. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan Puan Hasiah di pusat internet, beliau hanya menggunakan telefon pintar untuk tujuan mempromosi perniagaan. Beliau hanya mempromosikan jualan melalui facebook serta kurang mahir mencari platform pengiklanan yang sesuai untuk mempromosi produk perniagaan. Pembeli atau pelanggan juga hanya tertumpu kepada kelompok kecil yang berhampiran dengan tempat kediaman dan kedai makan. Beliau seorang yang sangat bekerja keras serta menimba ilmu pengetahuan baharu dengan hasrat dapat mengembangkan lagi perniagaan. Beliau berhasrat untuk menceburi platform e-Dagang seiring dengan perubahan pada masa kini.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan beliau di pusat internet, Puan Hasiah lebih yakin untuk mempromosikan produk jualan dengan menggunakan pelbagai platform e-Dagang. Puan Hasiah telah diajar untuk menggunakan Shopee sebagai salah satu cara untuk meluaskan pasaran jualan produk beliau secara e-Dagang. Beliau aktif menghadiri kelas-kelas berkaitan perniagaan atas talian yang diadakan di pusat internet. Antara kelas yang telah dihadiri beliau ialah kelas pemasaran, keuntungan perniagaan, Shopee dan sebagainya. Selain e-Dagang atau perniagaan atas talian, Puan Hasiah juga mempelajari cara-cara copywriting yang sesuai.

 Nama

 : Muhammad Syamel Bin Mordiadi      

 Umur

 : 9 Tahun

 Tahun menjadi Ahli PI

 : 2021

 

Latar belakang

Adik Muhammad Syamel merupakan pelajar sekolah rendah Sekolah Kebangsaan Sematan. Merupakan anak bongsu daripada tiga orang adik-beradik dan menetap bersama keluarga di Kampung Tanah Hitam Sematan sejak lahir. Berumur 9 tahun dan lahir pada 1 Disember 2012.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Adik Muhammad Syamel mula berkunjung ke PIK Kg. Tanah Hitam, Sematan atas sebab menyertai tuisyen yang dianjurkan oleh petugas. Setelah sesi penggunaan komputer atas bimbingan petugas, adik Muhammad Syamel kurang mahir dalam menggerakkan tetikus untuk mengarahkan kursor ke arah yang tertentu. Tidak mengetahui menggunakan Microsoft Word untuk menyelesaikan kerja sekolah serta tugasan tuisyen yang diberikan. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas beberapa hari mengikuti sesi kelas tuisyen yang diadakan, adik Muhammad Syamel selesa menggunakan tetikus untuk tujuan mengarahkan kursor ke arah tertentu. Mengetahui simbol-simbol seperti You Tube, Google Chrome serta Microsoft Word. Sudah mengikuti kelas Kahoot untuk tujuan keseronokan dalam sesi pembelajaran dan pengajaran. Kepelbagaian pendekatan pengajaran yang menyeronokkan memudahkan adik Muhammad Syamel memahami latihan intensif yang diberikan oleh petugas. Adik Muhammad Syamel mempelajari modul pembelajaran melalui animasi You Tube yang menyeronokkan.

 Nama

 : Nurul Noratika Binti Mohd Arif

 Umur

 : 29Tahun

 Tahun menjadi Ahli PIK

 : 2021

 

Latar belakang

Puan Nurul Noratika merupakan seorang usahawan makanan dan minuman di Kampung Tanah Hitam, Sematan. Beliau sudah lama berkecimpung dalam dunia perniagaan dan berminat untuk menjadi usahawan sejak dari kecil lagi. Mengikut jejak langkah ibu dan bapanya yang merupakan usahawan peruncitan yang berjaya mendorong beliau untuk menjadi seorang usahawan. Beliau menyediakan pelbagai menu makanan dan minuman yang mampu menarik minat pembeli. Beliau juga menyediakan perkhidmatan penghantaran ke lokasi-lokasi tertentu yang merupakan kelebihan kepada perniagaan beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan bersama pusat internet komuniti, beliau kurang mahir cara-cara menyunting gambar dan video produk jualan serta kepentingan pemasaran melalui teknik video. Mahir dalam penggunaan komputer dan ICT merupakan kelebihan dan memudahkan beliau menimba ilmu semasa kelas latihan. Petugas telah membimbing beliau untuk meningkatkan pengetahuan mengenai cara menyunting gambar dan video secara kreatif.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan beliau bersama pusat internet komuniti, beliau lebih faham kepentingan pemasaran melalui teknik video di kalangan usahawan yang ingin meningkatkan jualan serta mengembangkan perniagaan masing-masing di dalam dunia perniagaan yang kian mencabar masa kini. Beliau telah mempelajari perkara asas dan perkara penting utuk meningkatkan jualan melalui platform aplikasi video. Antara topik-topik yang dipelajari beliau ialah memahami format video, teknik cropping video, audio control dan penyuntingan video. Beliau telah mempelajari teknik memasukkan text di dalam video serta teknik membuat video menggunakan imej. Beliau juga kerap membuat Live di aplikasi Facebook setelah mengetahui video Live memberikan usahawan banyak kelebihan di mana berpeluang berinteraksi secara langsung dan menjawab soalan-soalan pelanggan.

 

 Nama

 : Kiki Rosanti         

 Umur

 : 35 Tahun

 Tahun menjadi Ahli PI

 : 2021

 

Latar belakang

Puan Kiki Rosanti telah berkecimpung dalam perniagaan makanan dan minuman sejak 7 tahun yang lalu. Beliau menetap di Kampung Tanah Hitam, Sematan dan mempunyai gerai makanan yang terletak di Medan Selera Sematan. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau di pusat internet, beliau kurang berkemahiran dalam menggunakan komputer. Beliau hanya menggunakan kepada telefon pintar untuk tujuan mempromosi makanan dan minuman. Kurang mengetahui tentang ilmu fotografi dan videografi disebabkan kurangnya kursus berkaitan perniagaan yang beliau hadiri. Beliau telah dibimbing oleh petugas secara personal dan diajar cara-cara menghasilkan idea yang kreatif  bagi memudahkan beliau untuk mengetahui dengan lebih lanjut kemahiran ini.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan beliau di pusat internet, banyak kelas berkaitan perniagaan atas talian yang telah beliau hadiri. Antara kelas yang telah dihadiri beliau ialah kelas fotografi, videografi, pemasaran, keuntungan perniagaan, Shopee dan sebagainya. Mahir dalam menggunakan Microsoft Excel untuk pengiraan stok produk jualan agar perancangan peniagaan yang sistematik dapat dicapai. Berjaya juga berjaya memasarkan produk jualan dengan lebih kreatif di laman media sosial atas bantuan petugas pusat internet.