Nama

 : Mohd Amirul Adzim Saleh

 Umur

 : 32 Tahun

 Tahun menjadi Ahli PI

 : 2019

 

Latar belakang

Encik Mohd Amirul merupakan penduduk Kampung Sebat Baru, Sematan. Beliau sudah mendirikan rumah tangga dan sudah mempunyai 2 orang anak. Beliau mendapatkan pendidikan di SRB Chung Hua Sematan dan SMK Sematan. Beliau merupakan seorang usahawan dan memulakan perniagaan menjual produk Firmax3 sejak tahun tahun 2015.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti aktiviti dan juga kelas yang diadakan di PI, Encik Mohd Amirul mula berniaga tanpa mempunyai sebarang pengetahuan asas dalam bidang perniagaan dan tidak mempunyai kenalan yang ramai untuk membuat promosi produk beliau. Beliau juga kurang mahir menggunakan komputer dan aplikasi untuk mempromosikan perniagaan beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas Encik Mohd Amirul mengikuti kelas latihan ICT dan keusahawanan yang di adakan di Pusat Internet Kg Tanah Hitam, beliau kini mempunyai kemahiran yang lebih baik untuk menggunakan komputer dan aplikasi seperti Whatsapp web dan Canva. Beliau juga telah mempelajari cara merekod untung rugi di dalam perniagaan menggunakan Microsoft Excel.

 

11232442342332e