SELAMAT DATANG

 

PEDI202260 

 Bangunan NADI Kg Tanah Hitam

 

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (National Information Dissemination Centre) - NADI Kg Tanah Hitam merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

  

OBJEKTIF PENUBUHAN : 

    • 1. Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.

    • 2. Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.

    • 3. Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan di NADI.

    • 4. Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.

    • 5. Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN : 

NADI Kg Tanah Hitam menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan adalah :

1. Pengenalan asas komputer

2. Asas internet 

3. Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)

4. Desktop publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan) 

5. Latihan keusahawanan

 

JUMLAH KEAHLIAN : 

NADI Kg Tanah Hitam telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada 27 April 2017. Ramai yang telah mendaftar dengan pihak NADI bagi mendapat perkhidmatan yang disediakan. Jumlah ahli terkumpul sehingga kini adalah:

Ahli Lama Dari April 2017 Sehingga Disember 2023 :  618 Orang 
Ahli Baru Bulan Ogos 2024 :  24 Orang
Keseluruhan Pada Julai 2024 :  716 Orang 

 

 

KENALI PETUGAS KAMI : 

Untuk menjadi petugas NADI Kg Tanah Hitam, kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas NADI. Tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kenali kami : 

 

PENGURUS

30-1

 

Nama: Nur Basyirah Binti Hashim

Mula Berkhidmat: 5 April 2021

Pendidikan:

Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran (Kepujian) Pengurusan Sumber Manusia

Diploma Pengurusan Pejabat dan Teknologi

 

 

PENOLONG PENGURUS

 Untitled-design-11

Nama: Mohd Imanuddin bin Nahar

Mula Berkhidmat: 1 September 2024

Pendidikan:

Ijazah Sarjana Muda Kaunseling (Kepujian)