Nama

 : Sharila bt Ismail

 Umur

 : 38 Tahun

 Tahun menjadi Ahli PI

: 2017

 

Latar belakang

Puan Sharila merupakan penduduk di Kampung Trusan Jaya, Sematan yang berasal dari Kota Tinggi, Johor. Beliau bekerja sebagai pekerja kebersihan di Majlis Daerah Lundu. Puan Sharila telah memulakan perniagaan minyak wangi pada tahun 2015 secara kecil kecilan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti aktiviti dan juga kelas yang diadakan di PI, Puan Sharila merupakan pembekal pelbagai jenis minyak wangi yang menjana pendapatan sekurang kurangnya Rm 200 sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas Puan Sharila mengikuti kelas latihan ICT dan keusahawanan yang di adakan di Pusat Internet Kg Tanah Hitam, beliau kini mempunyai kemahiran yang lebih baik untuk mempromosikan perniagaan beliau. Selain itu, beliau telah belajar cara untuk mengambil gambar produk dengan lebih baik supaya dapat menarik minat lebih ramai pelanggan. Beliau telah mampu menjana pendapatan yang lebih lumayan berbanding dari sebelum mengikuti kelas dan kursus di PI.

 

47273220 2181254242127943 5939226273220919296 n

 

 

 

 Nama

 : Nur Azalina Bt Razak

 Umur

 : 22 Tahun

Tahun menjadi Ahli PI

 : 2017

 

Latar belakang

Puan Nur Azalina merupakan penduduk asal Kg Tanah Hitam, Sematan. Beliau adalah anak pertama dari lima beradik dan sudah berkahwin. Puan Azalina baru menceburi bidang perniagaan makanan selama beberapa bulan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti aktiviti dan juga kelas yang diadakan di PI, Puan Nur Azalina berniaga tanpa membuat sebarang promosi di media sosial. Selain itu, beliau tidak mempunyai sebarang pengetahuan asas dalam bidang perniagaan dan tidak mempunyai kenalan yang ramai untuk membuat promosi produk beliau

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas Puan Nur Azalina mengikuti kelas latihan ICT dan keusahawanan yang di adakan di Pusat Internet Kg Tanah Hitam, beliau kini mempunyai kemahiran yang lebih baik untuk berniaga makanan di kedai makan DINAZ 14. Selain itu, beliau telah menambah pendapatan dengan belajar pelbagai resepi terbaru di Yotube dan sosial media untuk di jual di premis beliau.

 

22539800 212578765948034 8237324206725512164 n

 

 

 

 Nama

 : Madiana Bt Monai (Re’aisaic Corner)

 Umur

 : 37 Tahun

Tahun menjadi Ahli PI

: 2018

 

Latar Belakang 

Puan Madiana bermula bekerja sebagai pembantu kantin SMK Sematan selama 3 tahun. Beliau mempunyai cita cita untuk mempunyai perniagaan sendiri dan mempunyai bekerja bawahan.

 

Sbelum pengunaan ICT/ Penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT di Pusat Internet, pendapatan bulanan beliau hanyalah sekitar RM500 – RM700 sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/Penglibatan PI 

Melalui kelas keusahawanan yang telah diadakan di PI, beliau telah belajar cara untuk membuat kertas kerja bagi membolehkan beliau membuat permohonan membuka kedai makan di kawasan Sematan. Selain itu, Puan Madiana telah mempromosikan premis makan beliau di Facebook menggunakan kemudahan yang disediakan oleh PI.

 

AAAA

 

 

 Nama

 : Suhaikhal Arif bin Yusup 

 Umur

 : 16 Tahun

 Tahun menjadi Ahli PI

 : 2017

 

Latar Belakang 

Suhaikhal Arif Bin Yusup merupakan pelajar tingkatan 4 di SMK Sematan. Beliau menjalankan perniagaan makanan setiap hari Jumaat hingga Ahad dan dibantu oleh ibu dan bapa beliau.

 

Sbelum pengunaan ICT/ Penglibatan PI

Sebelum penglibatan adik Suhaikhal di PI, beliau hanya berniaga pada setiap bulan Ramadhan sahaja bermula dari tahun 2016. Pendapatan yang beliau peroleh untuk bulan tersebut kurang daripada RM500 dan perniagaan ayam panggang beliau kurang mendapat sambutan dari pelanggan.

 

Selepas penggunaan ICT/Penglibatan PI 

Penglibatan adik Suhaikhal di PI telah membantu beliau mendapatkan peluang berniaga pada setiap hari Jumaat hingga Ahad di pasar malam Sematan. Beliau telah meminta tunjuk ajar pihak petugas PI untuk membuat strategi pemasaran supaya perniagaan beliau lebih dikenali dan mendapat sambutan daripada pelanggan

 

DSC 0563

 

 

Nama

 : Syarieff bin Solihin

Umur

 : 9 Tahun

Tahun menjadi Ahli PI

 : 2018

 

Latar Belakang 

Syarieff bin Solihin merupakan pelajar tahun 3 di Sk Sematan dan merupakan ahli berdaftar di PI Kg Tanah Hitam bermula dari tahun 2018. Adik Syarieff merupakan pengunjung setia Pusat Internet dan merupakan antara ahli yang aktif mengikuti program yang diadakan di PI Kg Tanah Hitam.

 

Sbelum pengunaan ICT/ Penglibatan PI

Sebelum penglibatannya di PI, adik Syarieff tidak pernah menggunakan komputer disebabkan tidak mempunyai sebarang kemahiran tentang teknologi penggunaan komputer. Selain itu, sebelum wujud nya PI Kg Tanah Hitam aktiviti seharian adik Syarieff hanyalah pergi ke sekolah dan pada sebelah petang bermain di sekitar kawasan kampung bersama rakan-rakan.

 

Selepas penggunaan ICT/Penglibatan PI 

Melalui kelas latihan komputer yang di adakan di Pusat Internet Kg Tanah Hitam, beliau kini mempunyai pengetahuan menggunakan Microsoft Office dan juga boleh mengakses Internet untuk aktiviti pembelajaran. Disamping itu juga, adik Syarieff mempunyai aktiviti yang lebih berfaedah pada sebelah petang untuk di lakukan.

 

a