Nama  : Muhd Hamizan Bin Ramli
  Umur   : 16 Tahun
  Ahli   : 2017

 

Latar Belakang

Adik Hamizan bin Ramli adalah anak ke tiga dari 4 adik beradik. Beliau merupakan pelajar tingkatan 4 SI1 di Sekolah Kebangsaan Sematan. Beliau mula berminat dalam pencetakkan baju pada tahun 2017. Beliau telah membuat pencentakkan baju  dirumah beliau sendiri, dan telah menerima tempahan daripada saudara mara, dan juga dari sahabat beliau.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan PI1M, beliau hanya duduk di rumah, lepak dengan kawan-kawan dan pendapatan beliau ketika ini kosong dan hanya mengharapkan duit ibubapa. 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing dan nasihat oleh pentugas Pusat Internet 1 Malaysia Kg Tanah Hitam, kini beliau telah berniaga dan membuat pencetakkan baju dirumah beliau sendiri. Dan mula memasarkan secara online. Pelanggan beliau kini tediri daripada pelajar sekolah menegah, rakan-rakan, guru, Kelab dan Persatuan, penduduk kampung dan juga orang luar dari Bau dan Kuching.Beliau juga turut menyediakan perkhidmatan penghantaran kepada pelanggan di sekitar Sematan, Lundu, Bau, dan Kuchingn. Pendapatan yang beliau perolehi dalam sebulan angaran kasar dalam RM 100 Ke RM250.

 Nama  : Haziq Hilman Bin Idris
 Umur  : 10 Tahun
 Ahli  : 28 Mei 2017

 

Latar belakang

Haziq Hilman ialah pelajar sekolah rendah tahun 4 Emas di SK Sematan. Beliau sangat aktif didalam akademik dan kokurikulum di sekolah tersebut. Beliau juga anak bongsu dari 4 orang adik beradik.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum pengllibatannya di PI, adik Haziq Hilman tidak cekap menaip, tidak tahu mengunakan Microsoft, tidak tahu membuat video, tidak tahu aplikasi apa yang harus digunakan bila ingin melayari internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan komputer yang dibimbing oleh Pusat Internet  Kg Tanah Hitam, beliau kini tahu mmengunakan perkakas komputer, tahu mengunakan Microsoft seperti word,dan  powerpoint.dan paling penting tahu melayari internet.

 

WhatsApp-Image-2017-11-04-at-12.53.18-PM-3

 

 Nama  : Junaidi Bin Sun
 Umur  : 52 Tahun
 Ahli  : 30 Mei 2017

 

Latar Belakang 

En Junaidi ialah usahawan kecil kecilan yang menjual dan menawarkan perkhidmatan kraft seperti manik dan siput pada hujung minggu. 

 

Sbelum pengunaan ICT/ Penglibatan PI

En Junaidi merupakan usahawan kecil yang mempunyai bakat dalam menganyam dan mendidik dalam bidang seni kraftangan. Beliau telah menjalankan perniagaan beliau secara kecil-kecilan di Medan Niaga SEDC Pasar Sematan. Kebiasaannya beliau hanya menjual produk nya tanpa mengiklan kan nya, kerana tidak berpengetahuan tentang ICT. Hal ini menyebabkan ramai pengunjung dan peminat pada seni kraftangan tidak mengetahui tentang kewujudannya.

 

Selepas penggunaan ICT/Penglibatan PI 

Sedar akan pentingnya mempromosikan produk di media sosial sebagai salah satu strategy pemasaran, beliau telah ke PI Kg Tanah hitam dan menjadi ahli untuk mempelajari pengunaan komputer, dan meminta mengajar beliau membuka akaun facebook dan membuat page untuk Kedai Kraftangan Siput beliau.

 

kraftangan1

 Nama  : Mohd Aizan Bin Jumahdi
 Umur   : 14 Tahun
 Ahli   : 26 November 2017

 

Latar Belakang

Adik Aizan telah menjual beg secara online, bermula di sekolah, sehingga di kampung. Beliau yang berumur 14 tahun, merupakan pelajar tingkatan 2A di sekolah SMK Sematan. Telah mula berminat kerana ingin mencari pendapatan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan PI, beliau hanya duduk di rumah, bemain game, bersiar-siar. Pandapatan beliau ketika ini kosong hanya mengharapkan duit ibubapa.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing dan nasihat oleh pentugas Pusat Internet  Kg Tanah Hitam, kini beliau telah berniaga beg secara online. Pelangan beliau terdiri daripada pelajar sekolah menegah, guru, dan penduduk kampung.Beliau juga, turut menyediakan perkhidmatan penghantaran kepada pelanggan di sekitar Sematan dan Lundu. Pendapat yang selalu beliau dapat dalam sebulan anggran kasar RM 100- RM200.

 

zan