Nama  : Azhar Marizan 
 Umur  : 23 Tahun
 Ahli   : 24 Januari 2018

 

Latar Belakang

En Azhar Marizan merupakan peniaga yang menjual hasil laut di pasar nelayan Sematan. Beliau membantu ayahnya berniaga di Pasar Nelayan Kampung Tanah Hitam dengan menjual pelbagai jenis hasil laut.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau adalah sekitar RM 300 – RM350 dan beliau hanya mempromosikan barang jualan beliau disekitar kawasan Sematan sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah Pusat Internet Tanah Hitam ditubuhhkan, beliau telah pergi ke Pusat Internet untuk mendapatkan khidmat nasihat dan tunjuk ajar dari petugas tentang cara untuk mengembangkan lagi perniagaan beliau melalui media sosial.Pendapatan beliau semakin bertambah dan dianggarkan mencecah hampir RM 1000 ke atas setelah melalui proses pembelajaran .

 

 Nama  : Zumanaidi bin Hipni
 Umur  : 23 Tahun
 Ahli   : 2017

 

Latar Belakang 

En Zumanaidi bin Hipni adalah salah seorang graduan Politeknik dan beliau merupakan pekerja di sektor swasta setelah tamat pengajian. Beliau telah memulakan perniagaan semasa beliau masih begelar seorang pelajar dan telah menjalankan perniagaan secara online iaitu penjualan produk Hai-o. 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan Bulanan En Zumanaidi adalah sekitar RM200 – RM300. Beliau hanya mempromosikan perniagaan menggunakan risalah yang di edarkan di kawasan yang berhampiran dengan tempat tinggal beliau.Kebanyakkan pelanggan yang di terima adalah dari kawasan Kampung Tanah Hitam serta Politeknik dan perniagaan beliau cuma terhad di kawasan tersebut.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah Pusat Internet Tanah Hitam di buka, beliau telah di ajar cara untuk mempromosikan produk beliau menggunakan Facebook. Hasilnya pendapatan beliau semakin  bertambah dan perniagaan En Zumanaidi semakin berkembang.

 

 

 Nama   : Mohd Azhar
 Umur    : 14 Tahun 
 Ahli    : 28 April2017 

 

Latar belakang

Mohd Azhar ialah pelajar pemulihan di sekolah rendah tahun 6 di SK Sematan. Beliau mempunyai masalah lembab dalam pembelajaran sejak dari kecil. Beliau juga merupakan anak sulung dari tiga adik beradik. 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum pengllibatannya di PI, adik Mohd Azhar tidak pandai menaip, tidak tahu mengunakan Microsoft, tidak tahu aplikasi apa yang harus digunakan bila ingin melayari internet. Beliau juga tidak mahir membaca dan juga menulis.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas dan latihan komputer yang dibimbing oleh Petugas Pusat Internet  Kg Tanah Hitam, beliau kini tahu mengunakan perkakas komputer, tahu mengunakan Microsoft seperti word, dan powerpoint, dan paling penting tahu melayari internet, bahkan kini beliau sudah pandai membaca dan juga menulis.

 

 

 Nama  : Manisa bt Ahmad
 Umur  : 10 tahun
 Ahli  : 2018

 

 Latar belakang

 Manisa binti Ahmad adalah seorang pelajar tahun 4 di sekolah rendah SK Sematan. 

 

Sebelum pengunaan ICT/ Penglibatan PI

Sebelum penglibatannya di PI, adik Manisa tidak mempunyai pengetahuan di dalam bidang teknologi komputer. Beliau juga tidak pernah melayari internet sebelum adanya Pusat Internet.

 

Selepas penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui kelas latihan komputer yang dibimbing oleh Petugas Pusat Internet Kg Tanah Hitam, beliau kini mempunyai pengetahuan menggunakan Microsoft office dan juga boleh mengakses bahagian sesawang untuk mencari bahan pembelajaran. 

 

  

 

 

 Nama  : Nur Dallia Bt Roslan
 Umur  : 16 Tahun
 Ahli   : Pada Tahun 2017

 

Latar Belakang

Adik Dalila bt Roslan adalah anak ke dua dari tiga adik beradik. Beliau berasal dari kampung Trusan Jaya Sematan. Belau yang merupakan pelajar berumur 16 tahun merupakan pelajar 4SI1 di Sekolah SMK Sematan. Beliau telah mula berminat dalam keusahawanan dengan menjual barang make up secara online kerana ingin menambah pendapatan keluarga.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan PI, beliau hanya duduk di rumah, menolong ibu bapa mengira jumlah ikan diperolehi di laut. Dan menolong mak saudara menghantar barang tempahan dari pelangan.Pendapatan beliau ketika ini adalalah dalam sebulan memperolehi RM20 ke RM40 kerana mendapat upah menolong  menghantar barang tempahan dari mak saudara beliau.


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing dan nasihat oleh pentugas Pusat Internet Kg Tanah Hitam, kini beliau telah berniaga barang make up secara online. Pelangan beliau terdiri daripada pelajar sekolah menegah, guru, sanak saudara,  penduduk kampung, dan juga dari Kuching. Selain itu, beliau turut menyediakan perkhidmatan penghantaran kepada pelangan yang berdekatan di Sematan dan Lundu. Manakala untuk pelangan yang luar dari Lundu, akan dihantar melalui pos laju.  Pendapat yang selalu beliau dapat dalam sebulan angaran kasar dalam  RM 50- RM200.