Nama

 : Bidah Binti Abdullah

 Umur

 : 51 Tahun

 Tahun menjadi Ahli PIK

 : 2021

 

Latar belakang

Puan Bidah berumur 51 tahun dan merupakan seorang pengusaha homestay. Lokasi homestay yang diberi nama Hashim Shir Homestay Sematan terletak di Kampung Tanah Hitam, Sematan. Hashim Shir Homestay Sematan telah beroperasi sejak tahun 2014 sehingga kini. Lokasi strategik homestay ini yang berhampiran dengan tempat-tempat tumpuan pelancongan telah menarik minat pelancong untuk menginap di homestay ini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan bersama pusat internet komuniti, beliau kurang mahir mengenai cara-cara untuk mempromosi homestay di laman Facebook Page dan platform yang lain dengan betul. Beliau hanya mempunyai asas kemahiran yang sederhana dalam mempromosi perniagaan. Kurang mahir berkenaan kemahiran fotografi dan juga menghasilkan video yang kurang menarik menyukarkan beliau untuk menghasilkan idea promosi yang kreatif. Beliau telah dibimbing oleh petugas secara personal dan diajar cara-cara menghasilkan idea yang kreatif  bagi memudahkan beliau untuk mengetahui dengan lebih lanjut kemahiran ini.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan beliau bersama pusat internet komuniti, beliau lebih yakin untuk mempromosikan perniagaan homestay dengan menggunakan pelbagai platform pengiklanan yang telah dipelajari. Beliau juga semakin mahir dan yakin dalam mengaplikasikan pengetahuan yang diperolehi dalam penghasilan idea promosi yang kreatif. Beliau telah diajar untuk menggunakan platform seperti Booking.com, Trivago, Airbnb dan lain-lain lagi. Perusahaan beliau juga semakin mendapat tarikan daripada pelancong tempatan serta luar negara. Beliau sudah mengetahui serba sedikit tentang penggunaan Microsoft Office. Beliau mengaplikasikan kemahiran yang ada untuk merekod keuntungan jualan serta membuat kad perniagaan menggunakan Microsoft Excel serta Microsoft Power Point. Beliau juga kerap mempromosikan pakej penginapan homestay di media sosial.

 

 

 Nama

 : Edry Hadzran bin Khairusy Syakirin

 Umur

 : 6 tahun

 Tahun menjadi Ahli PIK

 : 2021

 

Latar belakang

Adik Edry Hadzran merupakan anak ke-enam daripada 7 orang adik beradik. Bersekolah di Pra Sekolah Kampung Tanah Hitam, Sematan sejak berumur 5 tahun. Lahir pada 26 Julai 2014 serta berbangsa Melayu. Tinggal bersama keluarga di Kampung Tanah Hitam di daerah kecil Sematan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Adik Edry Hadzran mula berkunjung ke PIK Kg. Tanah Hitam, Sematan atas sebab menyertai tuisyen yang dianjurkan oleh petugas. Setelah sesi penggunaan komputer atas bimbingan petugas, adik Edry Hadzran kurang mahir dalam menggerakkan tetikus untuk mengarahkan kursor ke arah yang tertentu. Tidak mengetahui menggunakan Microsoft Word untuk menyelesaikan kerja sekolah serta tugasan tuisyen yang diberikan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas beberapa hari mengikuti sesi kelas tuisyen yang diadakan, adik Edry Hadzran selesa menggunakan tetikus untuk tujuan mengarahkan kursor ke arah tertentu. Mengetahui simbol-simbol seperti You Tube, Google Chrome serta Microsoft Word. Sudah mengikuti kelas Kahoot untuk tujuan keseronokan dalam sesi pembelajaran dan pengajaran. Kepelbagaian pendekatan pengajaran yang menyeronokkan memudahkan adik Edry Hadzran memahami latihan intensif yang diberikan oleh petugas. Adik Edry Hadzran mempelajari modul pembelajaran melalui animasi You Tube yang menyeronokkan.

 Nama

 : Nursheilla binti Aton

 Umur

 : 29 tahun

 Tahun menjadi Ahli PIK

 : 2021

 

Latar belakang

Puan Nursheilla lahir pada 12 Januari 1992, tinggal di Kampung Stunggang Melayu, Lundu dan mempunyai tiga orang cahaya mata. Memulakan perniagaan pada tahun 2020 sebagai pendapatan sampingan keluarga. Suami beliau, Encik Rozi bin Saili, bekerja sebagai pengawal keselamatan di CENTEX Kampus Lundu.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau bersama PIK, beliau kurang mengetahui strategi ‘marketing’ yang digunakan sebagai cara untuk mempromosi barang jualan. Kurang mahir dalam dalam pengeditan gambar untuk tujuan promosi serta hanya menggunakan platform ‘WhatsApp status’ untuk pengiklankan barang jualan. Tidak mempunyai emel khas untuk perniagaan beliau dan kurang mahir dalam menggunakan komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah beliau mendapat bimbingan secara terus daripada petugas, beliau sedikit sebanyak mengetahui cara untuk menggunakan Microsoft Word dan Microsoft Excel untuk tujuan mencatat stok, merekod keuntungan serta menyenaraikan produk jualan. Beliau juga diajar membuat emel untuk perniagaan beliau. Beliau juga mengetahui strategi perniagaan yang berkesan untuk perniagaan beliau. Diajar secara ‘personal’ oleh petugas dalam mengambil gambar produk serta mengetahui platform Facebook, Instagram serta You Tube Channel untuk tujuan mempromosi produk jualan.

 Nama

 : Munirah binti Abdul Talip

 Umur

 : 32 tahun

 Tahun menjadi Ahli PIK

 : 2021

 

Latar belakang

Cik Munirah merupakan anak kelahiran Daerah Lundu, berumur 32 tahun dan tinggal bersama keluarga di Daerah Sematan. Merupakan anak yang ketiga dalam lima orang adik-beradik dan baharu sahaja menceburkan diri dalam bidang perniagaan pembuatan cookies pada tahun 2020.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan pusat internet komuniti, beliau kurang mahir mencari platform yang sesuai untuk mempromosi serta mengiklankan barang jualan. Kurang mahir mengarang copywriting yang sesuai untuk perniagaan serta kurang pengetahuan tentang modul fotografi dan editing gambar. Dibimbing secara personal oleh petugas bagi memudahkan beliau mengetahui platform popular untuk pengiklanan produk.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan beliau bersama PIK, beliau lebih yakin untuk mempromosikan produk jualan dengan menggunakan pelbagai platform pengiklanan. Sudah mahir dalam mengambil gambar produk dengan mengaplikasikan unsur pencahayaan yang baik serta dalam pengeditan foto. Beliau juga diajar untuk menggunakan medium Shopee sebagai salah satu cara untuk meluaskan pasaran jualan cookies beliau. Beliau sudah mengetahui serba sedikit tentang penggunaan Microsoft Office. Beliau mengaplikasikan kemahiran yang ada untuk mengira stok jualan, merekod keuntungan jualan serta membuat kad perniagaan menggunakan Microsoft Power Point. Beliau juga kerap mempromosikan jualan beliau di media sosial.

 Nama

 : Siti Anisya binti Firdaus

 Umur

 : 14 Tahun

 Tahun menjadi Ahli PIK

 : 2018

 

Latar belakang

Adik Siti Anisya merupakan anak sulung daripada 3 adik beradik. Merupakan pelajar SMK Sematan dan merupakan salah seorang atlet sekolah. Mengikuti subjek asas ICT di sekolah secara terhad.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Adik Siti Anisya merupakan pelajar sekolah menengah yang mempunyai pengetahuan minimum dalam penggunaan komputer. Kurang berkemahiran dalam Microsoft Office terutama Microsoft Word dan Microsoft Power Point kerana tidak mempelajarinya secara konsisten serta ketiadaan komputer di rumah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Terlibat dalam pertandingan poster pusat internet baru-baru ini membolehkan adik Siti Anisya mempelajari serba sedikit penggunaan Microsoft Power Point. Adik Siti Anisya sudah boleh menggerakkan kursor dengan cekap. Beliau juga sudah boleh membuat emel sendiri dengan menggunakan akaun Gmail.

 

1