Program pendidikan awal kanak-kanak yang dianjurkan oleh KEMAS dikenali sebagai Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) merupakan program yang memberi peluang pendidikan awal bagi kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Tidak Ketinggalan di Kpg Tanah Hitam mempunyai sebuah Tabika Kemas, berdekatan dengan Masjid Darul Islam, Kpg Tanah Hitam. Tempoh pengajaran dan pembelajaran di Tabika KEMAS adalah 4 jam mulai jam 7.30 pagi hingga 11.30 pagi atau 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

 

tadika1

TABIKA KEMAS KAMPUNG TANAH HITAM(A) 94500 KUCHING, SARAWAK.

 


 

SMK SEMATAN

Merupakan satu-satunya sekolah menengah yang terdapat di kawasan Sematan. Menjadi tumpuan bagi penduduk di jalan Sematan untuk menghantar anak-anak mereka bersekolah.  Sekolah Menengah Kebangsaan Sematan atau nama ringkasnya SMK Sematan, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Lundu-Sematan. Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Sematan memiliki 766 pelajar lelaki dan 799 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1565 orang. Ia mempunyai seramai 92 orang guru.

 

 

 smksematan

Sekolah Menengah Kebangsaan Sematan

Jalan Lundu-Sematan94100,

SematanSarawak, Malaysia

Telefon = 6082711143 / Fax = 6082711044 / Email:Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya./ Facebook: SMK Sematan

 

SEKOLAH KEBANGSAAN SEMATAN

Merupakan sekolah rendah yang paling hampir dengan Kampung Tanah Hitam yang terletak di Pekan Sematan.

 

sksematan

Sekolah Kebangsaan Sematan
Alamat: Jalan Seacom 94100 Sematan, Sarawak
No Telefon: 082-711860

 

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (C) CHUNG HUA SEMATAN

Terdapat sebuah sekolah di Kampung Tanah Hitam iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hua Sematan.

 

skchunghua

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hua Sematan
Alamat: Kampung Tanah Hitam, 94100 Sematan, Sarawak
No Telefon: 082-711861