Nama

 : Ulika bt Kamarizan

 Umur

 : 24 Tahun

 Tahun menjadi Ahli PI

 : 2019

 

Latar belakang

Puan Ulika bt Kamarizan merupakan usahawan produk kecantikan di Kampung Tanah Hitam Sematan.Beliau telah mendapat pendidikan di SMK Sematan dan mempunyai seorang anak. Sebelum memulakan perniagaan secara online.Puan Ulika merupakan suri rumah sepenuh masa.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau di PI, Puan Ulika mempromosikan produk beliau dengan hanya menggunakan telefon bimbit sahaja. Ini menyebabkan promosi beliau agak perlahan disebabkan penggunaan internet yang terhad. Pendapatan bulanan beliau sebelum penglibatan di PI adalah sekitar RM 400 sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan di PI,promosi produk beliau di social media lebih menarik disebabkan beliau telah mengikuti kursus yang diadakan di PI. Beliau juga mampu untuk mengedit gambar dan poster menggunakan aplikasi Canva. Pendapatan beliau juga telah bertambah kepada RM500.

 

WhatsApp Image 2019-04-26 at 10.52.22 AM