Nama

 : Muhd Nur Fiqrie bin Ikmal

 Umur

 : 12 Tahun

 Tahun menjadi Ahli PI

 : 2017

 

Latar belakang

Muhd Nur Fiqrie bin Ikmal merupakan pelajar tahun 5 di SK Sematan dan merupakan ahli berdaftar di PI Kg Tanah Hitam bermula pada tahun 2017. Adik Fiqrie merupakan salah seorang ahli yang aktif mengikuti apa-apa program yang di adakan di PI Kg Tanah Hitam Sematan. Beliau juga di antara ahli PI yang sering membantu sekiranya terdapat aktiviti yang diadakan di PI

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau di PI, adik Fiqrie tidak didedahkan dengan cara penggunaan komputer. Ini disebabkan beliau tidak mempunyai kemudahan komputer di rumah dan beliau hanya belajar menggunakan komputer di sekolah. Sejak penubuhan PI di Kg Tanah Hitam, adik Fiqrie mengambil peluang untuk belajar menggunakan komputer.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan komputer yang di adakan di Pusat Internet Kg Tanah Hitam, beliau telah belajar cara untuk menaip dan juga melayari internet. Selain itu,adik Fiqrie juga telah mampu untuk menggunakan Microsoft Word dan juga Microsoft Powerpoint. Di antara kemahiran yang telah beliau pelajari di PI ialah membuat surat kiriman rasmi dan juga membuat slide show.

WhatsApp Image 2019-09-02 at 8.13.33 AM 1