kgtanahhitam1  kgtanahhitam2 

Kampung Tanah Hitam terletak di Sematan, Sarawak adalah penempatan di daerah Lundu Sarawak, Malaysia. Ia terletak kira-kira 67.5 kilometer barat-utara-barat  dari daerah  Kuching. Sematan adalah sebuah perkampungan nelayan yang menghadap ke Laut China Selatan. Ia mempunyai pantai yang bersih serta mempunyai permandangan yang cantik dan indah. Penduduknya mendapat pelbagai kemudahan dan perkhidmatan seperti kesihatan, perlancongan dan keperluan harian di pekan yang jaraknya kira-kira 1 kilometer. Kemudahan jalan raya berturap memudahkan lagi pergerakan mereka dari satu tempat ke tempat yang lain untuk menyelesaikan pelbagai urusan dan mendapatkan keperluan harian. Kini, Kampung Tanah Hitam terbahagi kepada dua iaitu Kampung Tanah Hitam I dan Kampung Tanah Hitam II.

Asal usul nama Kampung Tanah Hitam ialah disebabkan kawasan yang diseliputi oleh tanah bewarna hitam bahkan batu pun hitam. Cara Kampung Tanah Hitam berkembang ialah pada mulanya kampung ini hanya didiami oleh beberapa orang penduduk. Sebanyak 6 buah rumah sahaja yang dibina di kawasan ini. Ianya dibina di atas sebuah bukit di persisiran pantai yang indah. Kawasan ini pada mulanya hanya didiami oleh para nelayan disebabkan faktor kawasan yang strategik berada di tepi pantai yang indah. Hal ini membolehkan ekonomi seperti perikanan dapat dilakukan. Selepas Malaysia mencapai kemerdekaan, jalan raya telah mula dibina. Ianya telah diarahkan oleh seorang individu British yang bernama Tuan Suanda, jalan raya ini dibina dari tahun 1957 sehingga 1965. Antara faktor pembinaan jalan raya ialah disebabkan pihak British ingin memajukan kawasan ini. Selepas pembinaan jalan raya siap, kawasan ini semakin berkembang dari masa ke semasa. Kawasan ini juga pernah menjadi tempat perlombongan bauksit. Ianya telah dikendalikan oleh pihak British.

 

Sumber: Masli Bin Lotot

 

:: AHLI PARLIMEN, ADUN KAWASAN, PEGAWAI DAERAH, PENGHULU DAN KETUA KAMPUNG ::

 

Ahli Parlimen

 : YB Dato' Sri Hajah Nancy Haji Shukri

   (P193 Santubong)

Adun Kawasan

 : YB Azizul Annuar Pehin Sri Haji Adenan

   (N3 Tanjung Datu)

Pegawai Daerah  : Encik Gustian Bin Haji Durani
Penghulu  : Encik Jumahdi Bin Sabian
Ketua Kampung

 : Encik Marizan Bin Jamahari                                             (Kampung Tanah Hitam I)                                                                                                                                                                                    : Encik Awang Helmi Bin Awang Panji                                 (Kampung Tanah Hitam II)

 

Sumber: Berdasarkan Borang Kaji Selidik