Nama

 : Mohd Nur Shahdan bin Othman

 Umur

 : 14 Tahun

 Tahun menjadi Ahli PI

 : 2017

 

Latar belakang

Mohd Nur Shahdan bin Othman merupakan pelajar tingkatan 2E di SMK Sematan dan merupakan ahli berdaftar di PI Kg Tanah Hitam pada tahun 2017. Adik Shahdan merupakan salah seorang ahli yang aktif mengikuti apa-apa program yang di adakan di PI Kg Tanah Hitam Sematan. 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau di PI, adik Shahdan hanya berpeluang belajar menggunakan komputer di sekolah. Ini disebabkan ketiadaan kemudahan komputer di rumah beliau. Oleh sebab itu, adik Shahdan tidak begitu mahir untuk menggunakan komputer dan hanya menggunakan telefon pintar untuk melayari internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan komputer yang di adakan di Pusat Internet Kg Tanah Hitam, beliau kini pandai menggunakan Microsoft word dan juga Microsoft Powerpoint. Selain itu,adik Shahdan menggunakan kemudahan di PI untuk membantu beliau membuat kerja sekolah dan beliau lebih mudah mencari maklumat di internet di PI dan tidak lagi menggunakan telefon pintar

 

 

WhatsApp Image 2019-02-16 at 11.37.48 AM 1