Nama

 : Nor Farahida bt Arabi

 Umur

 : 32 Tahun

 Tahun menjadi Ahli PI

 : 2017

 

Latar belakang

Puan Nor Farahida bt Arabi merupakan penduduk tetap Kg Tanah Hitam Sematan. Beliau merupakan anak ke 4 dari 5 beradik dan telah berkahwin serta mempunyai 2 orang anak. Beliau mendapat pendidikan di SMK Sematan dan beliau juga merupakan bekas Jurulatih PLKN Kem Putra Sentosa,Sematan

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau di PI, beliau tidak mempunyai kesempatan untuk belajar membuat promosi perniagaan disebabkan tersekat denga jadual kerja yang padat. Beliau hanya membuat promosi menggunakan telefon bimbit dan internet yang digunakan mempunyai had limit. 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan beliau di PI, beliau kini mempunyai akses internet tanpa had. Beliau sering menggunakan kemudahan di PI untuk mengemaskini perniagaan beliau di media sosial. Selain itu,beliau belajar teknik pemasaran di PI melalui Youtube dan website perniagaan.

 

IMG 20190318 160128