Nama

 : Abg Shahizuan bin Abg Kaderi

 Umur

 : 34 Tahun

 Tahun menjadi Ahli PI

 : 2020

 

Latar belakang

Saudara Abg Shahizuan merupakan penduduk asal Bahagian Serian, Sarawak. Berhijrah ke Kpg Telok Melano kerana mendirikan rumah tangga sejak beberapa bulan yang lalu. Merupakan bekas pelajar SMK Tebakang, Serian serta mempunyai 11 orang adik-beradik. Beliau merupakan anak bongsu.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan PI, beliau tidak mengetahui cara pemasaran yang berkesan untuk mempromosikan perniagaan homestay beliau. Tidak mempunyai akaun media sosial seperti Facebook & Instagram memberi implikasi buruk terhadap perniagaan beliau. Pendapatan sebulan tidak seberapa berbanding kerosakan yang dialami di setiap kediaman homestay.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing dan nasihat oleh petugas Pusat Internet Malaysia Kg Tanah Hitam, kini beliau telah mempunyai ilmu untuk meningkatkan keuntungan bulanan hasil mengusahakan bisnes homestay. Perkara yang dipelajari temasuklah kemahiran pemasaran digital, kemahiran media sosial serta banyak lagi. Penghuni homestay adalah dalam kalangan penetap yang jauh iaitu di kawasan bandar. Anggaran pendapatan sebulan beliau boleh mencecah RM2000-RM2500 sebulan tertakluk kepada permintaan penghuni.

 

WhatsApp Image 2020-06-26 at 2.49.00 PM