Nama

 : Julia binti Kadir

 Umur

 : 39 Tahun

 Tahun menjadi Ahli PI

 : 2020

 

Latar belakang

Memulakan perniagaan sejak 3 tahun yang lalu dalam bidang perniagaan makanan dan minuman serta pembuatan kek lapis. Berniaga secara online di Facebook dan secara tempah di rumah beliau. Menetap di Daerah Sematan sejak beberapa tahun yang lalu. Berumur 39 tahun serta mempunyai 5 orang anak serta menetap di Kampung Tanah Hitam, Sematan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau di pusat internet, beliau kurang berkemahiran dalam menggunakan komputer. Hanya tertumpu kepada telefon pintar semata-mata untuk tujuan promosi produk. Tidak mengetahui cara mendaftar akaun dalam laman sosial dan cara membuat emel rasmi untuk perniagaan beliau. Kurang mengetahui tentang ilmu tentang fotografi dan videografi disebabkan kurangnya kursus berkaitan perniagaan yang beliau hadiri.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan beliau di pusat internet, banyak kelas berkaitan perniagaan atas talian yang telah beliau hadiri. Antaranya, kelas fotografi, videografi, pemasaran, keuntungan perniagaan, Shopee dan sebagainya. Mahir dalam menggunakan Microsoft Word untuk pengiraan stok produk jualan agar perancangan peniagaan yang sistematik dapat dicapai. Berjaya memasarkan produk jualan di dalam platform perniagaan terkini iaitu Shopee atas bantuan petugas pusat internet.

 

jue