Nama

 : Melati binti Hasbi

 Umur

 : 35 Tahun

 Tahun menjadi Ahli PI

 : 2020

 

Latar belakang

Merupakan anak kelahiran Daerah Kecil Sematan, berumur 35 tahun serta menjalankan perniagaan makanan basah seperti ikan, udang, ambal, ketam sotong dan sebagainya. Mempunyai 5 orang adik beradik dan merupakan anak yang kedua. Menjalankan perniagaan sejak setahun yang lalu dengan menjual ikan sahaja bagi memenuhi permintaan penduduk kampung.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan pusat internet, beliau kurang berkemahiran dalam penggunaan komputer terutama kemahiran asas komputer seperti cara menghidupkan komputer, cara menggerakkan kursor pada skrin komputer serta mencari Menu pada skrin komputer. Kurang berkemahiran dalam asas fotografi serta ‘editing’

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan beliau dalam setiap kelas yang dianjurkan oleh pusat internet, beliau sudah mengetahui serba sedikit tentang Microsoft Word. Beliau mengaplikasikan kemahiran yang ada untuk mengira stok jualan, merekod keuntungan jualan serta membuat kad perniagaan menggunakan Microsoft Power Point. Beliau juga kerap mempromosikan jualan beliau di media social.

 

melati