Nama

 : Abdul Kazar Bin Razak     

 Umur

 : 10 Tahun

 Tahun menjadi Ahli PI

 : 2017

 

Latar belakang

Adik Abdul Kazar merupakan pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hua Sematan. Berumur 10 tahun dan lahir pada 12 November 2011. Abdul Kazar merupakan anak bongsu daripada empat orang adik-beradik dan menetap bersama keluarga di Kampung Tanah Hitam, Sematan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Adik Abdul Kazar mula berkunjung ke Pusat Internet Komuniti Kg Tanah Hitam semasa menyertai program dan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak PIK. Adik Abdul Kazar juga mengikuti sesi pembelajaran tuisyen yang dianjurkan oleh petugas. Semasa sesi aktiviti yang melibatkan penggunaan komputer petugas mendapati adik Abdul Kazar kurang mahir dalam menggerakkan tetikus dan menaip serta kurang pengetahuan untuk menggunakan komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti program dan aktiviti yang melibatkan penggunaan komputer di PIK, adik Abdul Kazar mula menunjukkan peningkatan semasa menaip dan lebih selesa menggerakkan tetikus untuk tujuan mengarahkan kursor ke arah tertentu. Kepelbagaian kaedah pengajaran seperti sesi kuiz menggunakan Kahoot dan menonton video pembelajaran di YouTube semasa kelas tuisyen juga memberi pendekatan ICT kepada peserta. Adik Abdul Kazar juga aktif serta menunjukkan minat yang positif dalam penggunaan ICT apabila tekun mempelajari cara memperoleh maklumat menggunakan Google Chrome.