Nama

 : Bidah Binti Abdullah

 Umur

 : 51 Tahun

 Tahun menjadi Ahli PIK

 : 2021

 

Latar belakang

Puan Bidah berumur 51 tahun dan merupakan seorang pengusaha homestay. Lokasi homestay yang diberi nama Hashim Shir Homestay Sematan terletak di Kampung Tanah Hitam, Sematan. Hashim Shir Homestay Sematan telah beroperasi sejak tahun 2014 sehingga kini. Lokasi strategik homestay ini yang berhampiran dengan tempat-tempat tumpuan pelancongan telah menarik minat pelancong untuk menginap di homestay ini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan bersama pusat internet komuniti, beliau kurang mahir mengenai cara-cara untuk mempromosi homestay di laman Facebook Page dan platform yang lain dengan betul. Beliau hanya mempunyai asas kemahiran yang sederhana dalam mempromosi perniagaan. Kurang mahir berkenaan kemahiran fotografi dan juga menghasilkan video yang kurang menarik menyukarkan beliau untuk menghasilkan idea promosi yang kreatif. Beliau telah dibimbing oleh petugas secara personal dan diajar cara-cara menghasilkan idea yang kreatif  bagi memudahkan beliau untuk mengetahui dengan lebih lanjut kemahiran ini.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan beliau bersama pusat internet komuniti, beliau lebih yakin untuk mempromosikan perniagaan homestay dengan menggunakan pelbagai platform pengiklanan yang telah dipelajari. Beliau juga semakin mahir dan yakin dalam mengaplikasikan pengetahuan yang diperolehi dalam penghasilan idea promosi yang kreatif. Beliau telah diajar untuk menggunakan platform seperti Booking.com, Trivago, Airbnb dan lain-lain lagi. Perusahaan beliau juga semakin mendapat tarikan daripada pelancong tempatan serta luar negara. Beliau sudah mengetahui serba sedikit tentang penggunaan Microsoft Office. Beliau mengaplikasikan kemahiran yang ada untuk merekod keuntungan jualan serta membuat kad perniagaan menggunakan Microsoft Excel serta Microsoft Power Point. Beliau juga kerap mempromosikan pakej penginapan homestay di media sosial.