Nama

 : Nursheilla binti Aton

 Umur

 : 29 tahun

 Tahun menjadi Ahli PIK

 : 2021

 

Latar belakang

Puan Nursheilla lahir pada 12 Januari 1992, tinggal di Kampung Stunggang Melayu, Lundu dan mempunyai tiga orang cahaya mata. Memulakan perniagaan pada tahun 2020 sebagai pendapatan sampingan keluarga. Suami beliau, Encik Rozi bin Saili, bekerja sebagai pengawal keselamatan di CENTEX Kampus Lundu.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau bersama PIK, beliau kurang mengetahui strategi ‘marketing’ yang digunakan sebagai cara untuk mempromosi barang jualan. Kurang mahir dalam dalam pengeditan gambar untuk tujuan promosi serta hanya menggunakan platform ‘WhatsApp status’ untuk pengiklankan barang jualan. Tidak mempunyai emel khas untuk perniagaan beliau dan kurang mahir dalam menggunakan komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah beliau mendapat bimbingan secara terus daripada petugas, beliau sedikit sebanyak mengetahui cara untuk menggunakan Microsoft Word dan Microsoft Excel untuk tujuan mencatat stok, merekod keuntungan serta menyenaraikan produk jualan. Beliau juga diajar membuat emel untuk perniagaan beliau. Beliau juga mengetahui strategi perniagaan yang berkesan untuk perniagaan beliau. Diajar secara ‘personal’ oleh petugas dalam mengambil gambar produk serta mengetahui platform Facebook, Instagram serta You Tube Channel untuk tujuan mempromosi produk jualan.