Nama

 : Hasiah Binti Suni

 Umur

 : 49 Tahun

 Tahun menjadi Ahli PIK

 : 2017

 

Latar belakang 

Bermula daripada seorang usahawan kedai makan yang menjual makanan bakar seperti ayam bakar, Puan Hasiah mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan produk makanan berasaskan hasil laut buatan sendiri seperti cencaluk, rusip, belacan dan sebagainya. Menetap berdekatan perkampungan nelayan merupakan kelebihan kepada Puan Hasiah untuk mendapatkan hasil laut yang diperlukan. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan Puan Hasiah di pusat internet, beliau hanya menggunakan telefon pintar untuk tujuan mempromosi perniagaan. Beliau hanya mempromosikan jualan melalui facebook serta kurang mahir mencari platform pengiklanan yang sesuai untuk mempromosi produk perniagaan. Pembeli atau pelanggan juga hanya tertumpu kepada kelompok kecil yang berhampiran dengan tempat kediaman dan kedai makan. Beliau seorang yang sangat bekerja keras serta menimba ilmu pengetahuan baharu dengan hasrat dapat mengembangkan lagi perniagaan. Beliau berhasrat untuk menceburi platform e-Dagang seiring dengan perubahan pada masa kini.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan beliau di pusat internet, Puan Hasiah lebih yakin untuk mempromosikan produk jualan dengan menggunakan pelbagai platform e-Dagang. Puan Hasiah telah diajar untuk menggunakan Shopee sebagai salah satu cara untuk meluaskan pasaran jualan produk beliau secara e-Dagang. Beliau aktif menghadiri kelas-kelas berkaitan perniagaan atas talian yang diadakan di pusat internet. Antara kelas yang telah dihadiri beliau ialah kelas pemasaran, keuntungan perniagaan, Shopee dan sebagainya. Selain e-Dagang atau perniagaan atas talian, Puan Hasiah juga mempelajari cara-cara copywriting yang sesuai.