Nama

 : Nurul Noratika Binti Mohd Arif

 Umur

 : 29Tahun

 Tahun menjadi Ahli PIK

 : 2021

 

Latar belakang

Puan Nurul Noratika merupakan seorang usahawan makanan dan minuman di Kampung Tanah Hitam, Sematan. Beliau sudah lama berkecimpung dalam dunia perniagaan dan berminat untuk menjadi usahawan sejak dari kecil lagi. Mengikut jejak langkah ibu dan bapanya yang merupakan usahawan peruncitan yang berjaya mendorong beliau untuk menjadi seorang usahawan. Beliau menyediakan pelbagai menu makanan dan minuman yang mampu menarik minat pembeli. Beliau juga menyediakan perkhidmatan penghantaran ke lokasi-lokasi tertentu yang merupakan kelebihan kepada perniagaan beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan bersama pusat internet komuniti, beliau kurang mahir cara-cara menyunting gambar dan video produk jualan serta kepentingan pemasaran melalui teknik video. Mahir dalam penggunaan komputer dan ICT merupakan kelebihan dan memudahkan beliau menimba ilmu semasa kelas latihan. Petugas telah membimbing beliau untuk meningkatkan pengetahuan mengenai cara menyunting gambar dan video secara kreatif.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan beliau bersama pusat internet komuniti, beliau lebih faham kepentingan pemasaran melalui teknik video di kalangan usahawan yang ingin meningkatkan jualan serta mengembangkan perniagaan masing-masing di dalam dunia perniagaan yang kian mencabar masa kini. Beliau telah mempelajari perkara asas dan perkara penting utuk meningkatkan jualan melalui platform aplikasi video. Antara topik-topik yang dipelajari beliau ialah memahami format video, teknik cropping video, audio control dan penyuntingan video. Beliau telah mempelajari teknik memasukkan text di dalam video serta teknik membuat video menggunakan imej. Beliau juga kerap membuat Live di aplikasi Facebook setelah mengetahui video Live memberikan usahawan banyak kelebihan di mana berpeluang berinteraksi secara langsung dan menjawab soalan-soalan pelanggan.