Utama
Pertandingan E-Sukan Mobile Legends Bang Bang Peringkat NADI Kg Tanah Hitam
Tarikh: 11 Ogos 2024 (Ahad)
Masa: 9.00 Pagi - 2.00 Petang
Tempat: NADI Kg Tanah Hitam
Seramai 4 pasukan telah mengikuti pertandingan iaitu Teletubbies, Human Prime, Liquidstar dan New Familiar.
Tahniah diucapkan kepada kumpulan Teletubbies yang telah menjadi pemenang dan akan mewakili NADI Kg Tanah Hitam untuk bertanding ke peringkat seterusnya iaitu antara NADI di seluruh Sarawak.
Terima kasih kepada semua peserta yang telah mengikuti pertandingan peringkat NADI. Semoga semua peserta yang telah terlibat mendapat manfaat dan pengalaman baru sepanjang program dijalankan.
Program Kenali NADI Bersama Komuniti MADANI
Tarikh : 26 Jun 2024
Masa : 8.00 Pagi - 1.00 Petang
Tempat : NADI Lundu
Program merupakan kerjasama antara NADI Kluster Lundu, Jabatan Penerangan Lundu dan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Komuniti MADANI diwujudkan sebagai badan sukarela yang terdiri daripada pelbagai kaum sekitar Daerah Lundu dan ditadbir urus oleh Jabatan Penerangan dalam usaha memupuk nilai-nilai murni dan kenegaraan.
Objektif utama program ini adalah untuk memperkasa komuniti dengan meningkatkan potensi melalui pelbagai program latihan yang bertujuan untuk membantu meningkatkan taraf hidup dan merapatkan jurang sosioekonomi.
Program dimulakan dengan taklimat Kenali NADI yang disampaikan oleh wakil petugas NADI Kluster Lundu. Seterusnya, taklimat perancangan serta pelaksanaan Program Komuniti MADANI di Daerah Lundu bersama 6 Komuniti MADANI oleh Jabatan Penerangan. Program diakhiri dengan taklimat dan urusan pembukaan akaun bank oleh Bank Simpanan Nasional (BSN).
Mini Program Kelas Keusahawanan 2024 - AI Untuk Usahawan
Tarikh : 2 Mac 2024
Masa : 8.30 Pagi - 1.30 Petang
Tempat : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Tanah Hitam
Aktiviti:
-
- Taklimat oleh TEKUN Nasional Cawangan Lundu
- Perkongsian Ikon Usahawan dan Kisah Kejayaan Usahawan PEDi
- Kelas Keusahawanan - Pengenalan AI (Bing Image Creator & ChaTGPT)
- Pameran Jualan Usahawan
Sekalung tahniah dan terima kasih kepada semua peserta yang telah menyertai program. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada pihak TEKUN Nasional Cawangan Lundu atas kesudian menerima jemputan daripada pihak PEDi.
PEDi akan terus komited dalam membantu perkembangan perniagaan usahawan tempatan serta menyediakan perkhidmatan kelas atau program yang bermanfaat pada masa akan datang.
Program Keselamatan Siber & AI Untuk Perniagaan Anjuran Bersama UNIMAS, PERKIM Lundu & NADI Kluster Lundu
Tarikh : 19 Mei 2024
Masa : 9.00 Pagi - 4.00 Petang
Tempat : Dewan Mahligai Gading, Lundu
Program merupakan kolaborasi bersama Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) iaitu pelajar UNIMAS yang mengikuti kursus kokurikulum berkredit (KoQ) bersama pihak PERKIM Cawangan Lundu dan NADI Kluster Lundu. Program ini bertujuan untuk menyampaikan objektif iaitu keselamatan siber terutama dalam penggunaan media sosial dan kepentingan AI dalam pendigitalan perniagaan pada masa kini. Program telah disertai oleh pelajar sekolah menengah, belia, wakil NGO serta usahawan NADI Kluster Lundu.
Sesi advokasi Klik Dengan Bijak bertajuk Keselamatan Siber - Pengurusan Risiko Dalam Talian telah disampaikan oleh NADI Kluster Lundu. Bagi sesi AI Untuk Perniagaan telah disampaikan oleh Pensyarah UNIMAS iaitu Encik Tarmizi.
Pelbagai aktiviti menarik turut berlangsung sepanjang program antaranya Kuiz Kahoot, Pertandingan Teka Berat Buah dan Pertandingan Hadiah Misteri yang teah disediakan oleh pihak NADI Kluster Lundu. Booth Usahawan NADI juga disediakan bertujuan untuk memperkenalkan produk-produk usahawan tempatan yang berdaftar di NADI. Pihak UNIMAS juga menyediakan aktiviti interatif seperti permainan e-sport dan Virtual Reality (VR).
Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak UNIMAS dan PERKIM Cawangan Lundu di atas kerjasama bagi menjayakan program ini. Diharap program ini dapat memberi manfaat dan pengetahuan kepada semua peserta yang terlibat.
Program TVET for Community Anjuran Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Politeknik Kuching Sarawak
Tarikh : 3 Februari 2024
Masa : 8.30 am - 2.00 pm
Tempat : PEDi Lundu
Program TVET untuk masyarakat adalah inisiatif yang positif dalam memperluaskan pendidikan teknikal dan vokasional kepada komuniti tempatan. Program seperti ini bertujuan untuk memberikan kemahiran kepada masyarakat dalam bidang-bidang tertentu, membolehkan mereka memperoleh pengetahuan dan kemahiran praktikal yang dapat meningkatkan peluang pekerjaan atau keusahawanan.
Seramai 19 orang peserta daripada pelajar SMK Lundu telah menyertai program. Dengan bantuan dan dedikasi daripada pihak Politeknik Kuching, pelajar dapat memperluas kesedaran dan meningkatkan pengetahuan STEM-IoT terutamanya dalam komuniti kecil ini. Mereka juga memperkenalkan perkakasan dan perisian ARDUINO iaitu platform pengembangan perangkat keras (hardware) dan perisian (software) yang bersifat sumber terbuka (open-source). Ia dirancang untuk memudahkan orang awam atau penggemar elektronik dalam membuat prototaip dan projek DIY.
Terima kasih kepada pensyarah, pihak sekolah, pelajar, sukarelawan dan semua individu yang telah menyertai dan menyokong program ini. Terima kasih juga kepada rakan-rakan petugas PEDi Kluster Lundu dalam membantu menjayakan program ini.
-
E-Pembelajaran - Maxis E-Kelas Dalam Talian Misi Jelajah Digital 2024
23 September 2024
Tarikh : 19 September 2024 Masa : 10.00 AM - 12.00 PM Tempat : Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Tanah Hitam Peserta : 2 Peserta Tujuan Tujuan program ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai teknologi terkini seperti Kecerdasan Buatan (AI) dan aplikasi digital, serta b... -
E-Pembelajaran - Maxis E-Kelas Dalam Talian Misi Jelajah Digital 2024
23 September 2024
-
E-Pembelajaran - Kuiz Ujian PKSK
23 September 2024
Tarikh : 18 September 2024 Masa : 2.00 PM - 4.00 PM Tempat : Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Tanah Hitam Peserta : 1 Peserta Tujuan Tujuan program ini adalah untuk membantu pelajar meningkatkan kefahaman mereka terhadap Ujian PKSK melalui penggunaan teknologi dan pembelajaran dalam talian... -
E-Pembelajaran - Kuiz Ujian PKSK
23 September 2024
-
Keusahawanan - Pengenalan Usahawan Cilik
23 September 2024
Tarikh : 15 September 2024 Masa : 3.00 PM - 4.00 PM Tempat : Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Tanah Hitam Peserta : 5 Peserta Tujuan Tujuan program ini adalah untuk memperkenalkan konsep asas keusahawanan kepada peserta cilik, khususnya dalam memahami cara memulakan perniagaan kecil dengan... -
Keusahawanan - Pengenalan Usahawan Cilik
23 September 2024
-
Advokasi Klik Dengan Bijak - Maklumat Palsu
23 September 2024
Tarikh : 11 September 2024 Masa : 2.30 PM - 4.30 PM Tempat : Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Tanah Hitam Peserta : 6 Peserta Tujuan Tujuan program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran peserta mengenai bahaya maklumat palsu, termasuk cara mengenali dan menangani maklumat yang tidak benar... -
Advokasi Klik Dengan Bijak - Maklumat Palsu
23 September 2024
-
E-Pembelajaran - Kuiz Kenali Negara Asia
12 September 2024
Tarikh : 9 September 2024 Masa : 2.30 PM - 4.30 PM Tempat : Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Tanah Hitam Peserta : 2 Peserta Tujuan Tujuan program ini adalah untuk eningkatkan pengetahuan pelajar mengenai negara-negara di Asia, termasuk budaya, geografi, dan fakta menarik, melalui pendekata... -
E-Pembelajaran - Kuiz Kenali Negara Asia
12 September 2024