Utama
Kursus Latihan Pengendali Makanan & Kursus Tatacara Permohonan Persijilan Sediaan di Rumah (Home-Based Food)
Tarikh: 8 Oktober 2023
Masa: 9.30 am - 1.00 pm
Lokasi: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Lundu
PEDi Kluster Lundu telah berkolaborasi untuk mengadakan Kursus Latihan Pengendali Makanan dan Kursus Tatacara Permohonan Persijilan Sediaan di Rumah (Home-Based Food) di PEDi Lundu secara bersemuka. Seramai 12 orang peserta dan pengusaha makanan sekitar Sematan dan Lundu telah menyertai kursus. Tahniah buat semua para peserta.
Terima kasih juga diucapkan kepada pihak pengajar daripada NZ Bunga Venture Training & Consultant kerana sudi datang ke Lundu untuk menyempurnakan kursus ini.
KAJIAN KEPERLUAN PENGGUNA DAN PENILAIAN IMPAK PUSAT EKONOMI DIGITAL (PEDi)
Kajian telah dijalankan oleh pihak Merdeka Centre di PEDi Kg Tanah Hitam pada 27 dan 28 Julai 2023. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengumpul maklum balas dari komuniti berdasarkan pengalaman sebagai pengguna dan peserta program yang teah dianjurkan oleh PEDi.
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada komuniti setempat yang hadir meluangkan masa dalam menjayakan kajian ini. Semoga PEDi akan terus memberi manfaat kepada komuniti setempat.
PROGRAM RANDAU PEMBANGUNAN SOSIAL BAHAGIAN KUCHING SIRI 1/2023
Tarikh: 28 - 29 Januari 2023
Tempat : Dewan Serbaguna, Kampung Biawak, Lundu
PEDi Kluster Lundu telah membuka kaunter Klik Dengan Bijak/PEDi bagi mempromosikan perkhidmatan PEDi serta amalan Klik Dengan Bijak dalam penggnaan internet seharian. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah KDB Wheel Spinner, Teka Berat Buah, Tikeh Bertuah untuk Hadiah Misteri, Games Santai serta pendaftaran ahli PEDi.
Terima kasih kepada pihak penganjur iaitu Majlis Pembangunan Sosial Sarawak (MPS), Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) dengan kerjasama Pejabat Residen Bahagian Kuching dan Pejabat Daerah Lundu.
PROGRAM CELIK IT & ASAS KEUSAHAWANAN
Program ini adalah anjuran Pusat Khidmat N3 Tanjong Datu bersama PEDi Kg Tanah Hitam, PEDi Lundu, PEDi Kg Pandan dan PEDi Kg Sampadi. Program telah berlangsung serentak di semua PEDi pada 25 Mac 2023 (Sabtu) dengan penyertaan seramai 10 orang peserta bagi setiap PEDi.
Program ini bertujuan untuk membantu komuniti dalam mempelajari ilmu ICT iaitu format penulisan surat rasmi dan keusahawanan. Peserta juga diberikan penerangan mengenai pengetahuan Klik Dengan Bijak.
-
E-Pembelajaran - Maxis E-Kelas Dalam Talian Misi Jelajah Digital 2024
23 September 2024
Tarikh : 19 September 2024 Masa : 10.00 AM - 12.00 PM Tempat : Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Tanah Hitam Peserta : 2 Peserta Tujuan Tujuan program ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai teknologi terkini seperti Kecerdasan Buatan (AI) dan aplikasi digital, serta b... -
E-Pembelajaran - Maxis E-Kelas Dalam Talian Misi Jelajah Digital 2024
23 September 2024
-
E-Pembelajaran - Kuiz Ujian PKSK
23 September 2024
Tarikh : 18 September 2024 Masa : 2.00 PM - 4.00 PM Tempat : Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Tanah Hitam Peserta : 1 Peserta Tujuan Tujuan program ini adalah untuk membantu pelajar meningkatkan kefahaman mereka terhadap Ujian PKSK melalui penggunaan teknologi dan pembelajaran dalam talian... -
E-Pembelajaran - Kuiz Ujian PKSK
23 September 2024
-
Keusahawanan - Pengenalan Usahawan Cilik
23 September 2024
Tarikh : 15 September 2024 Masa : 3.00 PM - 4.00 PM Tempat : Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Tanah Hitam Peserta : 5 Peserta Tujuan Tujuan program ini adalah untuk memperkenalkan konsep asas keusahawanan kepada peserta cilik, khususnya dalam memahami cara memulakan perniagaan kecil dengan... -
Keusahawanan - Pengenalan Usahawan Cilik
23 September 2024
-
Advokasi Klik Dengan Bijak - Maklumat Palsu
23 September 2024
Tarikh : 11 September 2024 Masa : 2.30 PM - 4.30 PM Tempat : Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Tanah Hitam Peserta : 6 Peserta Tujuan Tujuan program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran peserta mengenai bahaya maklumat palsu, termasuk cara mengenali dan menangani maklumat yang tidak benar... -
Advokasi Klik Dengan Bijak - Maklumat Palsu
23 September 2024
-
E-Pembelajaran - Kuiz Kenali Negara Asia
12 September 2024
Tarikh : 9 September 2024 Masa : 2.30 PM - 4.30 PM Tempat : Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Tanah Hitam Peserta : 2 Peserta Tujuan Tujuan program ini adalah untuk eningkatkan pengetahuan pelajar mengenai negara-negara di Asia, termasuk budaya, geografi, dan fakta menarik, melalui pendekata... -
E-Pembelajaran - Kuiz Kenali Negara Asia
12 September 2024