Tarikh : 18 November 2023

Masa : 2.00 pm - 5.00 pm

Telah berlangsung program keusahawanan Let's Explore Canva - Logo & Business Card pada 18 November 2023. Seramai 18 orang peserta yang merupakan usahawan dan bakal usahawan telah mengikuti program. Pada permulaan program, peserta diajar cara-cara untuk membuat akaun Canva bagi memudahkan mereka untuk membuat tugasan. Kemudian, Rakan Digital dan petugas memberi penerangan langkah-langkah untuk mereka cipta logo bisnes dan kad bisnes. Peserta seterusnya mengaplikasikan pengetahuan yang telah dipelajari dengan menyunting logo bisnes dan kad bisnes masing-masing menggunakan aplikasi akaun Canva sendiri.

Semua peserta berjaya menyelesaikan tugasan masing-masing iaitu mereka cipta dan menyunting logo bisnes dan kad bisnes. Para peserta juga didedahkan dengan Advokasi Klik Dengan Bijak dengan menonton video Awas, Jangan Terpedaya dengan Scammer.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para peserta kerana telah menyertai program dan diharapkan pengetahuan yang diperolehi daripada program ini dapat diaplikasikan pada masa akan datang.

1-30

Gambar Disini