Tarikh : 19 Mei 2024

Masa : 9.00 Pagi - 4.00 Petang

Tempat : Dewan Mahligai Gading, Lundu

Program merupakan kolaborasi bersama Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) iaitu pelajar UNIMAS yang mengikuti kursus kokurikulum berkredit (KoQ) bersama pihak PERKIM Cawangan Lundu dan NADI Kluster Lundu. Program ini bertujuan untuk menyampaikan objektif iaitu keselamatan siber terutama dalam penggunaan media sosial dan kepentingan AI dalam pendigitalan perniagaan pada masa kini. Program telah disertai oleh pelajar sekolah menengah, belia, wakil NGO serta usahawan NADI Kluster Lundu.

Sesi advokasi Klik Dengan Bijak bertajuk Keselamatan Siber - Pengurusan Risiko Dalam Talian telah disampaikan oleh NADI Kluster Lundu. Bagi sesi AI Untuk Perniagaan telah disampaikan oleh Pensyarah UNIMAS iaitu Encik Tarmizi. 

Pelbagai aktiviti menarik turut berlangsung sepanjang program antaranya Kuiz Kahoot, Pertandingan Teka Berat Buah dan Pertandingan Hadiah Misteri yang teah disediakan oleh pihak NADI Kluster Lundu. Booth Usahawan NADI juga disediakan bertujuan untuk memperkenalkan produk-produk usahawan tempatan yang berdaftar di NADI. Pihak UNIMAS juga menyediakan aktiviti interatif seperti permainan e-sport dan Virtual Reality (VR).

Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak UNIMAS dan PERKIM Cawangan Lundu di atas kerjasama bagi menjayakan program ini. Diharap program ini dapat memberi manfaat dan pengetahuan kepada semua peserta yang terlibat.

 UTAMA-28

Gambar Disini