Tarikh : 26 Jun 2024

Masa : 8.00 Pagi - 1.00 Petang

Tempat : NADI Lundu

Program merupakan kerjasama antara NADI Kluster Lundu, Jabatan Penerangan Lundu dan Bank Simpanan Nasional (BSN). 

Komuniti MADANI diwujudkan sebagai badan sukarela yang terdiri daripada pelbagai kaum sekitar Daerah Lundu dan ditadbir urus oleh Jabatan Penerangan dalam usaha memupuk nilai-nilai murni dan kenegaraan.

Objektif utama program ini adalah untuk memperkasa komuniti dengan meningkatkan potensi melalui pelbagai program latihan yang bertujuan untuk membantu meningkatkan taraf hidup dan merapatkan jurang sosioekonomi.

Program dimulakan dengan taklimat Kenali NADI yang disampaikan oleh wakil petugas NADI Kluster Lundu. Seterusnya, taklimat perancangan serta pelaksanaan Program Komuniti MADANI di Daerah Lundu bersama 6 Komuniti MADANI oleh Jabatan Penerangan. Program diakhiri dengan taklimat dan urusan pembukaan akaun bank oleh Bank Simpanan Nasional (BSN).

Program Kenali NADI Bersama Komuniti MADANI 25

Gambar Disini