Tarikh   : 3 Februari 2024

Masa    : 8.30 am - 2.00 pm

Tempat : PEDi Lundu

Program TVET untuk masyarakat adalah inisiatif yang positif dalam memperluaskan pendidikan teknikal dan vokasional kepada komuniti tempatan. Program seperti ini bertujuan untuk memberikan kemahiran kepada masyarakat dalam bidang-bidang tertentu, membolehkan mereka memperoleh pengetahuan dan kemahiran praktikal yang dapat meningkatkan peluang pekerjaan atau keusahawanan.

Seramai 19 orang peserta daripada pelajar SMK Lundu telah menyertai program. Dengan bantuan dan dedikasi daripada pihak Politeknik Kuching, pelajar dapat memperluas kesedaran dan meningkatkan pengetahuan STEM-IoT terutamanya dalam komuniti kecil ini. Mereka juga memperkenalkan perkakasan dan perisian ARDUINO iaitu platform pengembangan perangkat keras (hardware) dan perisian (software) yang bersifat sumber terbuka (open-source). Ia dirancang untuk memudahkan orang awam atau penggemar elektronik dalam membuat prototaip dan projek DIY.

Terima kasih kepada pensyarah, pihak sekolah, pelajar, sukarelawan dan semua individu yang telah menyertai dan menyokong program ini. Terima kasih juga kepada rakan-rakan petugas PEDi Kluster Lundu dalam membantu menjayakan program ini.

 TVET-24-26

Gambar Disini