Tarikh : 10 November 2023

Masa : 2.30 pm - 5.00 pm

Bengkel Celik IT bersama ahli-ahli Majlis Ta'lim Wanita Himah Surau Kg Trusan Jaya telah diadakan pada 10 November 2023. Program ini dimulakan dengan sesi Advokasi Klik Dengan Bijak yang menekankan perkongsian maklumat berlebihan di media sosial. 

Seterusnya, sesi ICT diteruskan dengan penjelasan penuh tentang penggunaan Microsoft Word dalam penghasilan surat rasmi menggunakan format yang betul. Antara aspek lain yang turut dipelajari oleh peserta adalah pergerakan kursor, mengenal fungsi tombol pada papan kekunci dan cara menyimpan dokumen yang telah siap. 

Sesi terakhir adalah kuiz ringkas berkaitan terma/istilah dalam perniagaan yang dijalankan secara silang kata dengan kerjasama Rakan Digital.

Peserta sangat tekun dan memberi perhatian sepenuhnya sepanjang program berlangsung. Penyertaan program kali ini turut disertai oleh peserta berumur 63 tahun yang masih bersemangat untuk menuntut ilmu. Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Majlis Ta'lim Wanita Hikmah Surau Kg Trusan Jaya telah menyertai program serta diharapkan pengetahuan daripada program dapat diaplikasikan pada masa akan datang.

 1-50

Gambar Disini