Utama
KURSUS LATIHAN PENGENDALI MAKANAN SIRI 1 2024
Kursus telah berlangsung di PEDi Kg Tanah Hitam dengan kerjasama pihak NZ Bunga Venture Training & Consultant. Seramai 15 orang peserta telah mengikuti kursus.
Tarikh: 20 Januari 2024
Masa: 9.00 am - 1.00 pm
Terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang telah menyertai dan diharapkan kursus ini dapat memberi informasi yang berguna.
Kelas Kemahiran Kraftangan Manik - The Signature of Sematan
Tarikh : 15 Disember 2023
Masa : 2.00 pm - 5.00 pm
Telah berlangsung kelas Kemahiran Kraftangan Manik - The Signature of Sematan dan seramai 8 peserta telah mengikuti kelas ini. Jutaan terima kasih kepada Encik Junaidi Suni atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Nek Sematan kerana sudi meluangkan masa dan berkongsi ilmu kepada peserta.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada para peserta kerana telah menyertai kelas dan diharapkan pengetahuan serta kemahiran yang diperolehi daripada kelas ini dapat diaplikasikan pada masa akan datang.
Bengkel Celik ICT bersama Majlis Ta'lim Wanita Hikmah Surau Kg Trusan Jaya
Tarikh : 10 November 2023
Masa : 2.30 pm - 5.00 pm
Bengkel Celik IT bersama ahli-ahli Majlis Ta'lim Wanita Himah Surau Kg Trusan Jaya telah diadakan pada 10 November 2023. Program ini dimulakan dengan sesi Advokasi Klik Dengan Bijak yang menekankan perkongsian maklumat berlebihan di media sosial.
Seterusnya, sesi ICT diteruskan dengan penjelasan penuh tentang penggunaan Microsoft Word dalam penghasilan surat rasmi menggunakan format yang betul. Antara aspek lain yang turut dipelajari oleh peserta adalah pergerakan kursor, mengenal fungsi tombol pada papan kekunci dan cara menyimpan dokumen yang telah siap.
Sesi terakhir adalah kuiz ringkas berkaitan terma/istilah dalam perniagaan yang dijalankan secara silang kata dengan kerjasama Rakan Digital.
Peserta sangat tekun dan memberi perhatian sepenuhnya sepanjang program berlangsung. Penyertaan program kali ini turut disertai oleh peserta berumur 63 tahun yang masih bersemangat untuk menuntut ilmu. Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Majlis Ta'lim Wanita Hikmah Surau Kg Trusan Jaya telah menyertai program serta diharapkan pengetahuan daripada program dapat diaplikasikan pada masa akan datang.
Let's Explore Canva - Logo & Business Card
Tarikh : 18 November 2023
Masa : 2.00 pm - 5.00 pm
Telah berlangsung program keusahawanan Let's Explore Canva - Logo & Business Card pada 18 November 2023. Seramai 18 orang peserta yang merupakan usahawan dan bakal usahawan telah mengikuti program. Pada permulaan program, peserta diajar cara-cara untuk membuat akaun Canva bagi memudahkan mereka untuk membuat tugasan. Kemudian, Rakan Digital dan petugas memberi penerangan langkah-langkah untuk mereka cipta logo bisnes dan kad bisnes. Peserta seterusnya mengaplikasikan pengetahuan yang telah dipelajari dengan menyunting logo bisnes dan kad bisnes masing-masing menggunakan aplikasi akaun Canva sendiri.
Semua peserta berjaya menyelesaikan tugasan masing-masing iaitu mereka cipta dan menyunting logo bisnes dan kad bisnes. Para peserta juga didedahkan dengan Advokasi Klik Dengan Bijak dengan menonton video Awas, Jangan Terpedaya dengan Scammer.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para peserta kerana telah menyertai program dan diharapkan pengetahuan yang diperolehi daripada program ini dapat diaplikasikan pada masa akan datang.
Kursus Microsoft Office bersama Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Lundu
Tarikh: 21 Oktober 2023
Masa: 9.00 am - 4.00 pm
Tempat: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Pandan
Telah berlangsung kursus Microsoft Office bersama PERKIM Cawangan Lundu dan seramai 9 orang peserta telah mengikuti kursus. Kursus ini adalah program kolaborasi PEDi Kluster Lundu bersama Pertubuhan Kebangsaan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Lundu.
Antara modul pembelajaran adalah penulisan surat rasmi menggunakan Microsoft Word, asas Microsoft Excel, asas Microsoft PowerPoint dan cara membuka akaun email. Selain itu, Advokasi Klik Dengan Bijak bertajuk Risiko Atas Talian juga turut diadakan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak PEKRIM Lundu yang telah bekerjasama dengan PEDi Kluster Lundu untuk menjayakan program. Terima kasih juga kepada petugas-petugas PEDi Kluster Lundu atas kerjasama yang telah diberikan.
-
E-Pembelajaran - Maxis E-Kelas Dalam Talian Misi Jelajah Digital 2024
23 September 2024
Tarikh : 19 September 2024 Masa : 10.00 AM - 12.00 PM Tempat : Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Tanah Hitam Peserta : 2 Peserta Tujuan Tujuan program ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai teknologi terkini seperti Kecerdasan Buatan (AI) dan aplikasi digital, serta b... -
E-Pembelajaran - Maxis E-Kelas Dalam Talian Misi Jelajah Digital 2024
23 September 2024
-
E-Pembelajaran - Kuiz Ujian PKSK
23 September 2024
Tarikh : 18 September 2024 Masa : 2.00 PM - 4.00 PM Tempat : Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Tanah Hitam Peserta : 1 Peserta Tujuan Tujuan program ini adalah untuk membantu pelajar meningkatkan kefahaman mereka terhadap Ujian PKSK melalui penggunaan teknologi dan pembelajaran dalam talian... -
E-Pembelajaran - Kuiz Ujian PKSK
23 September 2024
-
Keusahawanan - Pengenalan Usahawan Cilik
23 September 2024
Tarikh : 15 September 2024 Masa : 3.00 PM - 4.00 PM Tempat : Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Tanah Hitam Peserta : 5 Peserta Tujuan Tujuan program ini adalah untuk memperkenalkan konsep asas keusahawanan kepada peserta cilik, khususnya dalam memahami cara memulakan perniagaan kecil dengan... -
Keusahawanan - Pengenalan Usahawan Cilik
23 September 2024
-
Advokasi Klik Dengan Bijak - Maklumat Palsu
23 September 2024
Tarikh : 11 September 2024 Masa : 2.30 PM - 4.30 PM Tempat : Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Tanah Hitam Peserta : 6 Peserta Tujuan Tujuan program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran peserta mengenai bahaya maklumat palsu, termasuk cara mengenali dan menangani maklumat yang tidak benar... -
Advokasi Klik Dengan Bijak - Maklumat Palsu
23 September 2024
-
E-Pembelajaran - Kuiz Kenali Negara Asia
12 September 2024
Tarikh : 9 September 2024 Masa : 2.30 PM - 4.30 PM Tempat : Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Tanah Hitam Peserta : 2 Peserta Tujuan Tujuan program ini adalah untuk eningkatkan pengetahuan pelajar mengenai negara-negara di Asia, termasuk budaya, geografi, dan fakta menarik, melalui pendekata... -
E-Pembelajaran - Kuiz Kenali Negara Asia
12 September 2024