Nama

 : Sharila bt Ismail

 Umur

 : 38 Tahun

 Tahun menjadi Ahli PI

: 2017

 

Latar belakang

Puan Sharila merupakan penduduk di Kampung Trusan Jaya, Sematan yang berasal dari Kota Tinggi, Johor. Beliau bekerja sebagai pekerja kebersihan di Majlis Daerah Lundu. Puan Sharila telah memulakan perniagaan minyak wangi pada tahun 2015 secara kecil kecilan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti aktiviti dan juga kelas yang diadakan di PI, Puan Sharila merupakan pembekal pelbagai jenis minyak wangi yang menjana pendapatan sekurang kurangnya Rm 200 sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas Puan Sharila mengikuti kelas latihan ICT dan keusahawanan yang di adakan di Pusat Internet Kg Tanah Hitam, beliau kini mempunyai kemahiran yang lebih baik untuk mempromosikan perniagaan beliau. Selain itu, beliau telah belajar cara untuk mengambil gambar produk dengan lebih baik supaya dapat menarik minat lebih ramai pelanggan. Beliau telah mampu menjana pendapatan yang lebih lumayan berbanding dari sebelum mengikuti kelas dan kursus di PI.

 

47273220 2181254242127943 5939226273220919296 n