Nama

 : Nur Azalina Bt Razak

 Umur

 : 22 Tahun

Tahun menjadi Ahli PI

 : 2017

 

Latar belakang

Puan Nur Azalina merupakan penduduk asal Kg Tanah Hitam, Sematan. Beliau adalah anak pertama dari lima beradik dan sudah berkahwin. Puan Azalina baru menceburi bidang perniagaan makanan selama beberapa bulan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti aktiviti dan juga kelas yang diadakan di PI, Puan Nur Azalina berniaga tanpa membuat sebarang promosi di media sosial. Selain itu, beliau tidak mempunyai sebarang pengetahuan asas dalam bidang perniagaan dan tidak mempunyai kenalan yang ramai untuk membuat promosi produk beliau

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas Puan Nur Azalina mengikuti kelas latihan ICT dan keusahawanan yang di adakan di Pusat Internet Kg Tanah Hitam, beliau kini mempunyai kemahiran yang lebih baik untuk berniaga makanan di kedai makan DINAZ 14. Selain itu, beliau telah menambah pendapatan dengan belajar pelbagai resepi terbaru di Yotube dan sosial media untuk di jual di premis beliau.

 

22539800 212578765948034 8237324206725512164 n