Nama  : Muhd Hamizan Bin Ramli
  Umur   : 16 Tahun
  Ahli   : 2017

 

Latar Belakang

Adik Hamizan bin Ramli adalah anak ke tiga dari 4 adik beradik. Beliau merupakan pelajar tingkatan 4 SI1 di Sekolah Kebangsaan Sematan. Beliau mula berminat dalam pencetakkan baju pada tahun 2017. Beliau telah membuat pencentakkan baju  dirumah beliau sendiri, dan telah menerima tempahan daripada saudara mara, dan juga dari sahabat beliau.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan PI1M, beliau hanya duduk di rumah, lepak dengan kawan-kawan dan pendapatan beliau ketika ini kosong dan hanya mengharapkan duit ibubapa. 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing dan nasihat oleh pentugas Pusat Internet 1 Malaysia Kg Tanah Hitam, kini beliau telah berniaga dan membuat pencetakkan baju dirumah beliau sendiri. Dan mula memasarkan secara online. Pelanggan beliau kini tediri daripada pelajar sekolah menegah, rakan-rakan, guru, Kelab dan Persatuan, penduduk kampung dan juga orang luar dari Bau dan Kuching.Beliau juga turut menyediakan perkhidmatan penghantaran kepada pelanggan di sekitar Sematan, Lundu, Bau, dan Kuchingn. Pendapatan yang beliau perolehi dalam sebulan angaran kasar dalam RM 100 Ke RM250.