Tarikh |
: 13 Julai 2024 |
Masa |
: 3.30 PM - 4.30 PM |
Tempat |
: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Tanah Hitam |
Peserta |
: 3 Peserta |
Tujuan
Advokasi bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman mengenai bahaya dan kesan negatif daripada penggunaan siber secara tidak bertanggungjawab. Advokasi ini juga bertujuan untuk menggalakkan amalan digital yang selamat dan bermoral dalam kalangan pengguna siber serta membantu mereka mengenal pasti dan menangani buli siber dengan cermat.
Aktiviti
Aktiviti ini diadakan dengan menonton video Klik Dengan Bijak di Youtube. Seterusnya, peserta diberi penerangan mengenai topik yang dibincangkan oleh petugas. Akhir sekali, sesi perbincangan dan soal jawab diadakan bersama peserta.
Tarikh |
: 11 Julai 2024 |
Masa |
: 9.30 AM - 12.30 PM |
Tempat |
: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Tanah Hitam |
Peserta |
: 8 Peserta |
Tujuan
Kursus adalah untuk memberi taklimat dan penerangan berkenaan SOP pengendali makanan mengikut garis panduan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Kursus ini juga memberi pendidikan kepada pengendali makanan untuk menyediakan makanan dengan betul dan selamat agar pengguna tidak terkena jangkitan penyakit bawaan makanan yang dihasilkan dan mengurangkan keracunan makanan.
Aktiviti
Kursus diadakan secara atas talian dengan menggunakan platform Zoom. Peserta menghadirkan diri ke NADI Kg Tanah Hitam dan menggunakan kemudahan komputer dan internet di NADI.
Tarikh |
: 23 Jun 2024 |
Masa |
: 9.15 AM - 12.15 PM |
Tempat |
: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Tanah Hitam |
Peserta |
: 4 Peserta |
Tujuan
Tujuan kelas adalah untuk memberi peserta pengalaman praktikal dalam pembuatan brownies yang berkualiti.Selain itu, kelas ini bertujuan untuk membekalkan kemahiran asas keusahawanan seperti pengurusan kos, pemasaran dan penjualan produk. Kelas ini diharapkan dapat memberi inspirasi kepada peserta untuk memulakan perniagaan dalam industri makanan.
Aktiviti
Kelas bermula dengan sesi penerangan pembuatan brownies oleh tenaga pengajar jemputan iaitu Cik Vivi Hafizah Nabila, Rakan Digital NADI Kg Pandan. Seterusnya, Cik Vivi menunjukkan demonstrasi langkah demi langkah cara membuat brownies dengan diikuti oleh peserta dari mula hingga siap. Peserta belajar tentang bahan-bahan yang digunakan, teknik pencampuran dan tips untuk mendapatkan tekstur dan rasa yang terbaik. Peserta juga belajar cara mengira kos bahan-bahan dan kos lain dalam pembuatan brownies.
Tarikh |
: 23 Jun 2024 |
Masa |
: 2.00 PM - 3.00 PM |
Tempat |
: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Tanah Hitam |
Peserta |
: 4 Peserta |
Tujuan
Tujuan kelas adalah untuk memberi peserta pengalaman praktikal dan dapat merangsang kreativiti dan inovasi peserta melalui reka bentuk dan pembinaan model kenderaan. Kelas ini juga dapat meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah dan pemikiran kritis apabila peserta berhadapan dengan cabaran teknikal.
Aktiviti
Kelas dimulakan dengan petugas menerangkan konsep asas tentang reka bentuk kenderaan. Peserta diberikan template kertas kenderaan untuk dipotong dan disediakan. Seterusnya, peserta memotong, melipat dan melekatkan bahagian-bahagian template kertas mengikut arahan yang diberikan untuk membentuk model kenderaan.
Tarikh |
: 21 Jun 2024 |
Masa |
: 2.30 PM - 4.30 PM |
Tempat |
: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Tanah Hitam |
Peserta |
: 5 Peserta |
Tujuan
Tujuan kelas adalah untuk mengajar peserta cara menggunakan platform Canva untuk mereka bentuk kad perkahwinan yang kreatif dan menarik. Kelas juga bertujuan untuk memperkenalkan peserta kepada pelbagai fungsi dan tetapan dalam Canva yang dapat memperindahkan reka bentuk kad. Peserta juga dapat meningkatkan kemahiran praktikal dalam reka bentuk grafik yang boleh digunakan dalam pelbagai situasi.
Aktiviti
Petugas memulakan kelas dengan menerangkan tutorial langkah demi langkah untuk membuat kad perkahwinan seperti pemilihan template, penambahan teks dan elemen grafik. Seterusnya, peserta ditugaskan untuk mereka bentuk kad mereka sendiri dengan tema yang berbeza.