Tarikh |
: 11 September 2024 |
Masa |
: 2.30 PM - 4.30 PM |
Tempat |
: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Tanah Hitam |
Peserta |
: 6 Peserta |
Tujuan
Tujuan program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran peserta mengenai bahaya maklumat palsu, termasuk cara mengenali dan menangani maklumat yang tidak benar, melalui pendekatan pembelajaran interaktif secara bersemuka.
Aktiviti
Peserta menonton video yang menekankan kepentingan kesedaran terhadap maklumat palsu. Berdasarkan video tersebut, mereka berbincang secara mendalam dan interaktif mengenai teknik-teknik untuk mengenal pasti maklumat palsu. Aktiviti ini juga bertujuan memperkukuhkan kemahiran berfikir kritis dan analitikal peserta agar mereka tidak mudah terpedaya dengan maklumat yang tidak sahih.
Tarikh |
: 9 September 2024 |
Masa |
: 2.30 PM - 4.30 PM |
Tempat |
: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Tanah Hitam |
Peserta |
: 2 Peserta |
Tujuan
Tujuan program ini adalah untuk eningkatkan pengetahuan pelajar mengenai negara-negara di Asia, termasuk budaya, geografi, dan fakta menarik, melalui pendekatan pembelajaran di atas talian.
Aktiviti
Pelajar menonton video YouTube yang menampilkan klip yang mempunyai klu berkaitan dengan negara-negara asia. Berdasarkan klu yang diberikan, pelajar perlu meneka nama negara yang ditunjukkan.
Tarikh |
: 7 September 2024 |
Masa |
: 9.30 AM - 11.30 AM |
Tempat |
: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Tanah Hitam |
Peserta |
: 8 Peserta |
Tujuan
Aktiviti ini menggunakan permainan video sebagai medium untuk pembelajaran konsep STEM dengan cara yang mudah difahami dan relevan kepada pelajar. Selain itu, tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mendedahkan pelajar kepada teknologi permainan video moden seperti Nintendo Switch untuk membina minat dalam penggunaan teknologi dalam pembelajaran.
Aktiviti
Pelajar telah menggunakan Nintendo Switch untuk bermain permainan berasaskan STEM yang direka khusus untuk mengasah kemahiran motorik, koordinasi, dan pemikiran strategik melalui "Nintendo Sports." Permainan ini mengintegrasikan aktiviti fizikal seperti tenis, bowling, dan badminton yang memerlukan pelajar memahami konsep sains sukan, seperti sudut, daya, dan gerakan. Aktiviti ini bukan sahaja membantu dalam pembelajaran konsep sains, tetapi juga dalam memahami kepentingan kecergasan dan pergerakan badan dalam kehidupan seharian. Pelajar akan belajar menerapkan prinsip STEM seperti analisis data (misalnya, mengira skor dan menganalisis teknik) dan strategi melalui pengalaman langsung dan menyeronokkan.
Tarikh |
: 8 September 2024 |
Masa |
: 2.30 PM - 4.30 PM |
Tempat |
: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Tanah Hitam |
Peserta |
: 3 Peserta |
Tujuan
Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai aplikasi fizik dalam bidang kejuruteraan melalui simulasi dan permainan interaktif. Aktiviti sebegini mampu melatih pelajar untuk menggunakan pendekatan berfikir secara kritikal dalam menyelesaikan masalah sekaligus mengaplikasikan ilmu fizik.
Aktiviti
Pelajar diminta untuk melayari laman web Engineering.com untuk menonton video, membaca artikel, dan menjelajahi simulasi yang berkaitan dengan prinsip fizik dan kejuruteraan. Mereka diberi tugasan untuk menyelesaikan masalah melalui permainan video di lam web tersebut.
Tarikh |
: 17 Ogos 2024 |
Masa |
: 9.30 AM - 12.30 PM |
Tempat |
: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Tanah Hitam |
Peserta |
: 6 Peserta |
Tujuan
Kursus adalah untuk memberi taklimat dan penerangan berkenaan SOP pengendali makanan mengikut garis panduan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Kursus ini juga memberi pendidikan kepada pengendali makanan untuk menyediakan makanan dengan betul dan selamat agar pengguna tidak terkena jangkitan penyakit bawaan makanan yang dihasilkan dan mengurangkan keracunan makanan.
Aktiviti
Kursus diadakan secara atas talian dengan menggunakan platform Zoom. Peserta menghadirkan diri ke NADI Kg Tanah Hitam dan menggunakan kemudahan komputer dan internet di NADI. Selain itu, terdapat juga peserta yang mengikuti kursus secara atas talian dari kediaman masing-masing.