Tarikh |
: 14 Jun 2024 |
Masa |
: 2.30 PM - 4.30 PM |
Tempat |
: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Tanah Hitam |
Peserta |
: 3 Peserta |
Tujuan
Kelas bertujuan untuk membimbing usahawan untuk memahami pengetahuan asas tentang bagaimana pemasaran afiliasi berfungsi dan bagaimana ia boleh dimanfaatkan melalui platform TikTok. Peserta juga diajar cara menjana pendapatan pasif dan memupuk sikap keusahawanan yang proaktif dan inovatif.
Aktiviti
Rakan Digital dan petugas menunjukkan tutorial dan menerangkan langkah-langkah untuk mendaftar akaun TikTok Affiliate. Seterusnya, peserta diajar cara mencipta kandungan video menarik menggunakan aplikasi CapCut. Peserta diberi penerangan mengenai topik yang dibincangkan. Petugas mengadakan perbincangan pada akhir sesi bersama peserta.
Tarikh |
: 5 Jun 2024 |
Masa |
: 2.00 PM - 4.00 PM |
Tempat |
: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Tanah Hitam |
Peserta |
: 2 Peserta |
Tujuan
Tujuan kelas adalah untuk membantu peserta meningkatkan kemahiran dalam teknologi maklumat dan komunikasi dengan menggunakan platform AI ChatGPT. Kelas ini juga bertujuan untuk memupuk kemahiran befikir secara kritis dan menyelesaikan masalah melalui perbincangan dan soal jawab dengan ChatGPT.
Aktiviti
Petugas menerangkan konsep asas penggunaan ChatGPT dan menunjukkan demonstrasi. Seterusnya, peserta membuat latihan praktikal untuk memahami penggunaan ChatGPT dalam situasi sebenar. Peserta diberi penerangan mengenai topik yang dibincangkan. Petugas mengadakan perbincangan pada akhir sesi bersama peserta.
Tarikh |
: 19 Mei 2024 |
Masa |
: 3.00 PM - 4.00 PM |
Tempat |
: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Tanah Hitam |
Peserta |
: 6 Peserta |
Tujuan
Kelas bertujuan untuk memperkenalkan dan mengulang kaji konsep tenaga dan daya. Peserta melihat bagaimana menarik gelang getah menyimpan tenaga dan bagaimana tenaga ini digunakan untuk melontarkan objek.
Aktiviti
Bahan-bahan yang digunakan dalam aktiviti ini ialah kayu aiskrim, gelang getah dan sudu plastik. Aktiviti ini membolehkan peserta memahami bagaimana objek bergerak di udara setelah dilontarkan dan bagaimana sudut pelancaran mempengaruhi jarak dan arah objek tersebut.
Tarikh |
: 19 Mei 2024 |
Masa |
: 4.00 PM - 5.00 PM |
Tempat |
: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Tanah Hitam |
Peserta |
: 5 Peserta |
Tujuan
Kelas bertujuan untuk memberi peluang kepada peserta untuk belajar konsep graviti dan rintangan udara. Peserta juga diperkenalkan kepada asas-asas reka bentuk kejuruteraan dengan membuat dan menguji prototaip.
Aktiviti
Bahan-bahan yang digunakan dalam aktiviti ini ialah kertas, klip kertas, gunting, pembaris dan pensil. Aktiviti ini memberi peluang kepada peserta untuk belajar melalui pengalaman langsung dan eksperimen. Peserta dapat menguji hipotesis dengan melihat bagaimana perubahan tertentu mempengaruhi kejatuhan helikopter kertas.
Tarikh |
: 19 Mei 2024 |
Masa |
: 2.00 PM - 3.00 PM |
Tempat |
: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Tanah Hitam |
Peserta |
: 4 Peserta |
Tujuan
Kelas bertujuan untuk memperkenalkan dan mengulang kaji konsep ketumpatan. Peserta juga diharapkan dapat memahami konsep ketumpatan cecair secara lebih mendalam serta meningkatkan minat mereka kepada aktiviti berkaitan sains dan teknologi.
Aktiviti
Bahan-bahan yang digunakan dalam aktiviti ini ialah air, telur dan garam. Aktiviti dimulakan dengan meletakkan telur ke dalam air dan hasilnya telur tenggelam. Setelah garam dicampurkan ke dalam air, peserta memasukkan semula telur ke dalam air yang telah bercampur dengan garam. Hasil menunjukkan telur terapung. Penambahan garam ke dalam air meningkatkan ketumpatan air.