Tarikh |
: 10 Ogos 2024 |
Masa |
: 2.00 PM - 3.00 PM |
Tempat |
: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Tanah Hitam |
Peserta |
: 15 Peserta |
Tujuan
Taklimat bertujuan untuk memberikan pemahaman yang jelas mengenai format, peraturan dan objektif Pertandingan E-Sukan Mobile Legends Bang Bang Peringkat NADI. Selain itu, taklimat ini menjelaskan aspek logistik dan pengurusan termasuk pendaftaran dan peralatan semasa pertandingan.
Aktiviti
Petugas NADI memberikan penerangan dan menjelaskan objektif dan matlamat pertandingan termasuk format dan peraturan utama. Seterusnya, sesi undian jadual perlawanan antara kumpulan diadakan. Akhir sekali, sesi soal dan jawab dibuat bagi membolehkan peserta memahami keperluan pertandingan.
Tarikh |
: 20 Julai 2024 |
Masa |
: 2.00 PM - 3.00 PM |
Tempat |
: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Tanah Hitam |
Peserta |
: 6 Peserta |
Tujuan
Kelas bertujuan untuk memperkenalkan peserta kepada bidang kejuruteraan melalui pengajaran yang interaktif dan menyeronokkan dengan mengaplikasikan konsep kejuruteraan dalam latihan praktikal. Selain itu, aktiviti ini juga bertujuan untuk mengembangkan kemahiran penyelesaian masalah dan penggunaan komputer.
Aktiviti
Peserta membuat latihan secara atas talian dengan melayari laman web engineering.com. Seterusnya, peserta diberi penerangan mengenai topik yang dibincangkan oleh petugas. Akhir sekali, sesi perbincangan dan soal jawab diadakan bersama peserta.
Tarikh |
: 14 Julai 2024 |
Masa |
: 2.00 PM - 3.00 PM |
Tempat |
: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Tanah Hitam |
Peserta |
: 8 Peserta |
Tujuan
Peserta mempelajari konsep-konsep asas dan aplikasi teknologi terkini serta meningkatkan kemahiran komputer dan digital mereka. Selain itu, kelas ini bertujuan untuk memupuk kreativiti dan inovasi di kalangan peserta dengan mendorong mereka untuk mengaplikasikan pengetahuan ICT dalam penyelesaian pembelajaran.
Aktiviti
Platform interaktif yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk meningkatkan pemahaman peserta dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Seterusnya, peserta diberi penerangan mengenai topik yang dibincangkan oleh petugas. Akhir sekali, sesi perbincangan dan soal jawab diadakan bersama peserta.
Tarikh |
: 14 Julai 2024 |
Masa |
: 3.00 PM - 4.00 PM |
Tempat |
: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Tanah Hitam |
Peserta |
: 8 Peserta |
Tujuan
Advokasi bertujuan untuk meningkatkan kesedaran teknik-teknik penipuan dalam talian dan cara untuk mengelakkannya. Selain itu, advokasi ini memberikan maklumat yang berguna kepada pengguna untuk mengenali petunjuk yang mengkhawatirkan dan menggalakkan mereka untuk berhati-hati ketika berurusan dalam talian.
Aktiviti
Aktiviti ini diadakan dengan menonton video Klik Dengan Bijak di Youtube. Seterusnya, peserta diberi penerangan mengenai topik yang dibincangkan oleh petugas. Akhir sekali, sesi perbincangan dan soal jawab diadakan bersama peserta.
Tarikh |
: 14 Julai 2024 |
Masa |
: 9.30 AM - 12.30 PM |
Tempat |
: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Tanah Hitam |
Peserta |
: 9 Peserta |
Tujuan
Kursus adalah untuk memberi taklimat dan penerangan berkenaan SOP pengendali makanan mengikut garis panduan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Kursus ini juga memberi pendidikan kepada pengendali makanan untuk menyediakan makanan dengan betul dan selamat agar pengguna tidak terkena jangkitan penyakit bawaan makanan yang dihasilkan dan mengurangkan keracunan makanan.
Aktiviti
Kursus diadakan secara atas talian dengan menggunakan platform Zoom. Peserta menghadirkan diri ke NADI Kg Tanah Hitam dan menggunakan kemudahan komputer dan internet di NADI.