Tarikh

: 23 Jun 2024

Masa

: 9.15 AM - 12.15 PM

Tempat 

: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)            Kg Tanah Hitam

Peserta 

: 4 Peserta

 

Tujuan

Tujuan kelas adalah untuk memberi peserta pengalaman praktikal dalam pembuatan brownies yang berkualiti.Selain itu, kelas ini bertujuan untuk membekalkan kemahiran asas keusahawanan seperti pengurusan kos, pemasaran dan penjualan produk. Kelas ini diharapkan dapat memberi inspirasi kepada peserta untuk memulakan perniagaan dalam industri makanan.

 

Aktiviti

 

Kelas bermula dengan sesi penerangan pembuatan brownies oleh tenaga pengajar jemputan iaitu Cik Vivi Hafizah Nabila, Rakan Digital NADI Kg Pandan. Seterusnya, Cik Vivi menunjukkan demonstrasi langkah demi langkah cara membuat brownies dengan diikuti oleh peserta dari mula hingga siap. Peserta belajar tentang bahan-bahan yang digunakan, teknik pencampuran dan tips untuk mendapatkan tekstur dan rasa yang terbaik. Peserta juga belajar cara mengira kos bahan-bahan dan kos lain dalam pembuatan brownies.

 

Gambar Disini