Tarikh |
: 1 April 2024 |
Masa |
: 2.00 PM - 3.00 PM |
Tempat |
: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Tanah Hitam |
Peserta |
: 6 Peserta |
Tujuan
Kelas bertujuan untuk memperkenalkan dan mengulang kaji konsep asas ketumpatan cecair. Peserta juga diharapkan dapat memahami konsep ketumpatan cecair secara lebih mendalam serta meningkatkan minat mereka kepada aktiviti berkaitan sains dan teknologi.
Aktiviti
Bahan-bahan yang digunakan dalam aktiviti ini ialah air, minyak dan pewarna makanan. Aktiviti dimulakan dengan mencampurkan pewarna makanan ke dalam minyak. Seterusnya, campuran dua bahan tersebut dituangkan ke dalam air. Setelah bahan-bahan dicampurkan, peserta dapat melihat pewarna makanan lebih tumpat daripada minyak dan titisan sedikit demi sedikit akan tenggelam ke bahagian bawah air.
Tarikh |
: 23 Mac 2024 |
Masa |
: 9.00 AM - 12.00 PM |
Tempat |
: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Tanah Hitam |
Peserta |
: 8 Peserta |
Tujuan
Bengkel bertujuan untuk mengajar peserta asas dalam penghasilan minit mesyuarat dan laporan program yang sistematik dan mudah untuk difahami. Selain itu, bengkel ini juga dapat meningkatkan kualiti penghasilan minit mesyuarat dan laporan program pada masa akan datang. Peserta terdiri daripada setiausaha JKK Kampung yang terpilih.
Aktiviti
Aktiviti ini diadakan dengan kerjasama Pusat Khidmat N3 Tanjung Datu, Beliawanis N3 Tanjung Datu dan NADI Kluster Lundu. Peserta diberi penerangan mengenai topik yang dibincangkan. Seterusnya, peserta membuat latihan tutorial menaip minit mesyuarat dan laporan program menggunakan template yang telah disediakan. Petugas mengadakan perbincangan pada akhir sesi bersama peserta.
Tarikh |
: 8 Mac 2024 |
Masa |
: 3.00 PM - 4.00 PM |
Tempat |
: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Tanah Hitam |
Peserta |
: 3 Peserta |
Tujuan
Kelas bertujuan untuk memberi latihan dan kemahiran kepada peserta yang merupakan usahawan dan bakal usahawan dengan mereka cipta poster produk jualan menggunakan aplikasi Canva. Kelas ini juga dapat meningkatkan kreativiti peserta untuk menghasilkan poster yang kreatif.
Aktiviti
Aktiviti ini diadakan di bilik latihan ICT Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Tanah Hitam. Peserta diberi penerangan mengenai topik yang dibincangkan. Petugas mengadakan perbincangan pada akhir sesi bersama peserta.
Tarikh |
: 6 Mac 2024 |
Masa |
: 2.00 PM - 3.00 PM |
Tempat |
: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Tanah Hitam |
Peserta |
: 1 Peserta |
Tujuan
Kelas bertujuan untuk memberi latihan kepada peserta cara kreatif untuk menyediakan jadual menggunakan aplikasi Canva. Kelas ini juga dapat meningkatkan kreativiti peserta untuk menghasilkan jadual seperti jadual pembelajaran, jadual bertugas dan sebagainya dengan penggunaan grafik yang kreatif dan menarik.
Aktiviti
Aktiviti ini diadakan di bilik latihan ICT Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Tanah Hitam. Peserta diberi penerangan mengenai topik yang dibincangkan. Petugas mengadakan perbincangan pada akhir sesi bersama peserta.
Tarikh |
: 9 Februari 2024 |
Masa |
: 2.00 PM - 5.00 PM |
Tempat |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Tanah Hitam |
Peserta |
: 2 Peserta |
Tujuan
Kelas bertujuan untuk meningkatkan kemahiran kraftangan kait serta memupuk minat peserta dalam bidang ini. Kelas juga bertujuan untuk memberi gambaran awal penghasilan bunga lili kait yang dapat dijadikan sebagai idea produk jualan kepada peserta yang merupakan usahawan dan bakal usahawan.
Aktiviti
Kelas dikendalikan oleh tenaga pengajar jemputan iaitu Puan Norliza Matsani. Puan Norliza merupakan usahawan berjaya dan mempunyai produk jualan hasil kraftangan kait. Puan Norliza menunjukkan langkah demi langkah untuk menghasilkan bunga lili sambil diikuti oleh peserta.