Tarikh

: 7 September 2024

Masa

: 9.30 AM - 11.30 AM

Tempat 

: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)            Kg Tanah Hitam

Peserta 

: 8 Peserta

 

Tujuan

Aktiviti ini menggunakan permainan video sebagai medium untuk pembelajaran konsep STEM dengan cara yang mudah difahami dan relevan kepada pelajar. Selain itu, tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mendedahkan pelajar kepada teknologi permainan video moden seperti Nintendo Switch untuk membina minat dalam penggunaan teknologi dalam pembelajaran.

 

Aktiviti

 

Pelajar telah menggunakan Nintendo Switch untuk bermain permainan berasaskan STEM yang direka khusus untuk mengasah kemahiran motorik, koordinasi, dan pemikiran strategik melalui "Nintendo Sports." Permainan ini mengintegrasikan aktiviti fizikal seperti tenis, bowling, dan badminton yang memerlukan pelajar memahami konsep sains sukan, seperti sudut, daya, dan gerakan. Aktiviti ini bukan sahaja membantu dalam pembelajaran konsep sains, tetapi juga dalam memahami kepentingan kecergasan dan pergerakan badan dalam kehidupan seharian. Pelajar akan belajar menerapkan prinsip STEM seperti analisis data (misalnya, mengira skor dan menganalisis teknik) dan strategi melalui pengalaman langsung dan menyeronokkan. 

 

Gambar Disini