Tarikh: 21 Oktober 2023

Masa: 9.00 am - 4.00 pm

Tempat: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Pandan

Telah berlangsung kursus Microsoft Office bersama PERKIM Cawangan Lundu dan seramai 9 orang peserta telah mengikuti kursus. Kursus ini adalah program kolaborasi PEDi Kluster Lundu bersama Pertubuhan Kebangsaan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Lundu. 

Antara modul pembelajaran adalah penulisan surat rasmi menggunakan Microsoft Word, asas Microsoft Excel, asas Microsoft PowerPoint dan cara membuka akaun email. Selain itu, Advokasi Klik Dengan Bijak bertajuk Risiko Atas Talian juga turut diadakan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak PEKRIM Lundu yang telah bekerjasama dengan PEDi Kluster Lundu untuk menjayakan program. Terima kasih juga kepada petugas-petugas PEDi Kluster Lundu atas kerjasama yang telah diberikan.

1-25

Gambar Disini