Tarikh  : 27 ogos 2017
 Masa   : 10 pagi
 Tempat   : PI Kg Tanah Hitam
 Peserta   : Komuniti dan peserta yang mengikut pertandingan 

 

penyampaian1

 

Tujuan

Program ini diadakan untuk menarik minat peserta untuk mengikuti apa jua program yang dijalankan di PI1M. Selain itu untuk mengeratkan silaturahim dikalangan petugas dengan komuniti.

 

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan ialah tayangan video sepanjang aktiviti yang dijalankan sepanjang aktiviti yang dijalankan sempena bulan kemerdekaan. Selain itu, ucapan alu-aluan dari Pengurus PI dan penanguhan aktiviti ini. Akhir sekali, penyampaian hadiah kepada pemenang dan saguhati kepada peserta.

 ---------------Gambar Di Sini-----------------

 Nama Pertandingan yang dijalankan : Pertandingan Mewarna                       
 Masa : 09.00 a.m- 10.30 am
 Tempat : Bilik Latihan PI Kg Tanah Hitam
Peserta : 27 orang peserta

 

pertandinganwarna

 

Tujuan 

Pertandingan ini disertai seramai 27 orang pelajar terbuka kepada pelajar sekolah rendah sahaja. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah salah satu usaha untuk mempromosikan PI Kg Tanah Hitam dikalangan  komuniti setempat,sekali gus menarik minat mereka untuk menyertai prtandingan ini dan berdaftar sebagai ahli pi1m. Selain itu, pertandingan ini diadakan memupuk semangat kemerdekaan dengan cintakan negara dikalangan pelajar.

 

Aktiviti 

Aktiviti yang dijalankan ialah mewarna kertas lukisan yang telah disediakan.

 

 

 Nama Pertandingan yang dijalankan

: Pertandingan Kuiz Patriotik                           

 Masa : 11.30 am - 12.30 am
 Tempat : Bilik Latihan PI Kg Tanah Hitam 
 Peserta :17 orang 

 

pertandingankuiz

 

Tujuan

Pertandingan ini disertai seramai 17 orang pelajar sekolah rendah dan menengah. Pertandingan ini terbuka kepada pelajar yang berumur 10 tahun keatas sahaja. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk menguji pengetahuan am pelajar tentang Malaysia.

 

Aktiviti

Pelajar diberi masa untuk menjawab kertas soalan kuiz yang telah disediakan sebanyak 25 soalan.

 

 Nama Pertandingan yang dijalankan : Pertandingan Melukis Poster kemerdekaan
 Masa : 02.00 pm - 04.00 pm 
 Tempat : Bilik Latihan PI Kg Tanah Hitam
 Peserta : 23 Orang Pelajar

 

pertandingan-melukis

 

Tujuan

Pertandingan ini telah disertai oleh 23 orang pelajar sekolah rendah dan menengah. Pertandingan ini terbuka kepada pelajar yang berminat sahaja. Tujuan pertandingan ini diadakan adlah untuk mengasah bakat terpendam pelajar. Disamping itu, untuk mempromosikan PI kg tanah hitam.

 

Aktiviti 

Pelajar diberikan kertas lukisan A4 bagi yang tidak membawa kertas lukisan. Pelajar hendaklalah mematuhi tema dan syarat yang ditetapkan. Tema lukisan poster ialah sehati sejiwa.

                                                  ------------Gambar Disini--------------

 Tarikh : 20 Ogos 2017
 Masa : 2.30 pm - 4.00 pm
 Tempat  : Bilik Latihan PI Kg Tanah Hitam 
 Peserta : 10 Orang pelajar 

 

2

 

Tujuan

Kelas ini dihadiri serama 10 orang pelajar dari kumpulan 2 terdiri dari pelajar sekolah rendah. Tujuan Kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengunakan microsoft power point di dalam pembelajaran seharian. Disamping itu, untuk memupuk minat belajar dan cara berkesan untuk belajar mengunakan microsoft power point. 

 

Aktiviti

Para pelajar diajar mengunakan microsoft power point dan diberi tugasan yang sama seperti kumpulan 1 iaitu membuat slide sendiri dengan tajuk Kenali Saya.

 Tarikh : 15 ogos 2017
 Masa  : 02.00 pm - 04.00 pm 
 Tempat  : Bilik Latihan PI Kg Tanah Hitam
 Peserta  : 25 orang pelajar

 

bersama

 

Tujuan

Program ini disertai oleh 25 orang pelajar terdiri daripada sekolah rendah. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memupuk sikap cintakan negara dikalangan pelajar disamping itu untuk mempromosikan PI Kg Tanah Hitam. 

 

Aktiviti 

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program adalah Tayangan Filem Leftenan Adnan di skrin, menyanyikan lagu patriotik, pembentukan kumpulan dan pop kuiz kenali pemimpim kita, dan akhir sekali main permainan game iaitu pen beracun. 

---------Gambar Disini---------------

 

Tarikh : 12 ogos 2017
Masa  : 02.00 p.m - 02.30 p.m
Tempat  : Bilik Latihan PI Kg Tanah Hitam
Peserta  : Terbuka kepada sekolah rendah

 

pendaftaran

Tujuan

Dengan adanya pendaftaran sebegini dapat memberi peluang kepada pelajar lain untuk mempelajari asas pengunaan ICT dan sekali gus dapat mempromosikan PI Kg Tanah Hitam.

 

Aktiviti

Pendaftaran melalui manual dan terus diberi kumpulan mengikut tarikh dan masa yang telah dipersetujui bersama.