Tarikh  : 30 November  2017
 Masa   : 08.00 pagi - 10.30 pagi
 Tempat   : Bilik Latihan PI Kg Tanah Hitam
 Peserta  : 18 orang peserta

 

2

 

Tujuan

Aktiviti ini telah disertai oleh Pelajar berumur 6 tahun ke atas. Tujuan Aktiviti ini diadakan adalah untuk memperingati Keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam, Serta untuk meningkatkan Kecintaan terhadap Rasullulah SAW.

 

Aktiviti

Aktiviti ini telah diadakan di Bilik Latihan PI Kg Tanah Hitam. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pembentangan slide yang bertajuk "Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara" dan tayangan video, dan akhir sekali penyampaian cendramata kepada adik Nazatul atas sumbangan untuk menjayakan program ini, dan juga penyampaian hadiah kepada pemenang yang telah diadakan pada 29 November 2017 iaitu pertandingan mewarna dan Kuib yang terpantas.


 

 

 Tarikh  : 29 November 2017
 Masa   : 08.30 am- 01.00 pm
 Tempat   : Pusat Internet  Kg Tanah Hitam
 Peserta   :37 orang peserta

 9

 

Tujuan

Aktiviti ini telah disertai oleh 37 orang peserta dari umur 7 tahun ke atas. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk menyemaikan sikap berdaya saing secara sihat di kalangan peserta. 

 

Aktiviti 

Aktiviti ini telah diadakan di Pusat Internet Kg Tanah Hitam. Antara aktiviti yang dijalankan adalah menaip dengan pantas, Kuiz online, puzzle, botol beracun, cube yang terpantas. 

---------------Gambar Di Sini-----------------------------


 

 Tarikh   : 29 November 2017
 Masa   : 10.00 pagi- 11.30 pagi
 Tempat   : Pusat Internet Kg Tanah Hitam
 Peserta   : Puan Nor Akmar Shah Minan (Senior Director MCMC HQ, Puan Jacinta Felix, Deputy Diector MCMC, Puan Dinah Samuel MCMC

 

9

 

Tujuan

Lawatan ini telah disertai oleh Puan Akmar Shah Minan (Senior Director MCMC HQ), Puan Jacinta Felix (Deputy Director MCMC), Puan Dinah Samuel MCMC. Tujuan lawatan ini adalah lawatan kerja sambil untuk melawat Pusat Internet Kg Tanah Hitam yang baru beroperasi  tahun 2017 pada 27 april 2017.

 

16

 

Aktiviti

Antara aktiviti yang telah dijalankan sepajang lawatan Puan Akmar di PI Kg Tanah Hitam adalah penyampaian Hadiah bagi pemenang menaip terpantas, kuiz online, dan juga menyusun puzzle yang terpantas dan juga penyampaian cenderahati kepada Puan Akmar dan Puan Jacinta  daripada Petugas PI Kg Tanah Hitam. Selain itu, Ucapan Alu-aluan dari Puan Akmar dan Puan Jacinta kepada peserta "Kalau Dia Boleh Kenapa Tidak Saya".  Akhir Sekali Pembentangan slide Pengenalan PI Kg Tanah Hitam daripada Penolong Pengurus. 


 

 Tarikh  : 26 November 2017
 Masa    : 08.00 am - 03.30 pm  
 Tempat   : Pusat Internet  Kg Tanah Hitam & Gelangang Sepak Takraw Kg Tanah Hitam 
 Peserta   : 136 orang pelawat

 

1

 

Tujuan

Program ini telah dilawati oleh 136 orang pelawat. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk mengeratkan hubungan antara para petugas PI dengan penduduk kampung. Selain itu, untuk memberi pendedahan kepada penduduk kampung bahawa Pusat Internet bukan kegunaan untuk pelajar sekolah sahaja, tapi untuk komuniti setempat tidak kira umur, dan juga memmberi pendedahan bahawa Pusat Internet bukan seperti ciber cafe yang selalu disebut-sebutkan.

 

Aktiviti

Program ini telah diadakan di PI Kg Tanah Hitam dan di gelangang Sepak Takraw Kg Tanah Hitam. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah pendaftaran dan pemberian tiket bertuah, jigsaw puzzle final, pendaftaran ahli secara percuma, bike show, musical chair, tiket bertuah, pingpong, carom, timbang raga, batu seremban, penyampaian hadiah, dan perasmian dan ucapan alu-aluan dari Setiausaha Belia Sematan, dan ucapan dari  wakil  Telekom Malaysia.  

---------------Gambar Di Sini-----------------------------


 

 Tarikh  : 25 November 2017
 Masa   : 08.00 pagi - 05.00 petang
 Tempat   : Pusat Internet kg Tanah Hitam
 Peserta   : 30 Orang Peserta

 WhatsApp-Image-2017-11-30-at-3.20.57-PM

 

Tujuan

Aktiviti ini telah disertai oleh 30 orang peserta yang berminat mengikuti pertandingan-pertandingan yang diadakan. Tujuan aktiviti ini adalah untuk aktiviti indoor bersama Komuniti PI Kg Tanah Hitam

 

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan adalah Klik dengan bijak, Menaip dengan pantas, mewarna online, dashboard, dan kuiz online.