Tarikh  : 24 November 2017
 Masa  : 02.00 Petang- 05.00 Petang
 Tempat   : PI Kg Tanah Hitam dan Gelangang Kg Tanah Hitam
 Peserta   : AJK PI, Sukarelawan PI Kg Tanah Hitam, dan  Belia Sematan

 

3

 

Tujuan

Gotong royong ini telah disertai oleh Ahli Jawatankuasa PI Kg Tanah Hitam, Belia Sematan, dan Ahli Sukarelawan PI Kg Tanah Hitam. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membuat persiapan sempena Hari Bersama Komuniti yang akan dijalankan pada 25 dan 26 November 2017.

 

Aktiviti

Aktiviti gotong royong ini telah dijalankan di PI Kg Tanah Hitam dan di gelangan takraw Kg Tanah Hitam. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pemasangan khemah, memasang banner, menebas rumput sekitar PI Kg Tanah Hitam, dan di gelangang, dan membersihkan kawasan di dalam PI dan di luar PI Kg Tanah Hitam.

 ---------------Gambar Di Sini-----------------------------


 

 Tarikh  :18 November 2017
 Masa   :08.30-04.00
 Tempat   : Pusat Internet Kg Tanah Hitam
 Peserta   :21 Peserta 

 

IMG20171118160453

 

Tujuan

Pertandingan ini telah disertai seramai 21 orang peserta. Terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk menguji ketangkasan para peserta dalam menyelesaikan misi yang diberikan. Selain itu, aktiviti ini adalalah bertujuan untuk mencari 4 ke 5 org peserta yang terpantas untuk ke pusingan akhir pada 26 November 2017. 

 

Aktiviti

Pertandingan ini telah diadakan di Pusat Internet Kg Tanah Hitam, antara aktiviti yang dijalankan ialah 20 keping untuk pelajar sekolah rendah yang berumur 9 tahun ke 7 tahun, manakala untuk 50 keping ialah untuk pelajar sekolah rendah yang berumur 10 tahun sehingga 12 tahun. Dan akhir sekali ialah 100 keping terbuka kepada pelajar sekolah menengah dan rendah. 

---------------Gambar Di Sini-----------------------------


 

 Tarikh  : 8 November 2017
 Masa  : 2.00 petang - 4.30 petang
 Tempat   : Bilik Latihan PI Kg Tanah Hitam
 Peserta  : 10 peserta

 WhatsApp-Image-2017-11-09-at-8.48.37-AM

 

Tujuan

Kelas ini telah disertai oleh 10 orang peserta terdiri dari pelajar sekolah rendah berumur 11 tahun. Tujuan Kelas ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan kepada para pelajar mengenai Windows dan Internet.

 

Aktiviti

Kelas ini telah diadakan di Bilik Latihan PI Kg Tanah Hitam. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah pembentangan slide berkenaan Pengenalan Windows, dan Internet dari penolong pengurus. Selesai pembentangan, para pelajar akan diuji kefahaman mereka tentang apa yang telah dipelajari dengan kuiz mengunakan Kahoot. 

 Tarikh  : 9 November 2017
 Masa   : 02.00 petang- 04.30 petang
 Tempat   : Bilik Latihan PI Kg Tanah Hitam
 Peserta   : 13 orang peserta

 WhatsApp-Image-2017-11-10-at-8.53.27-AM

 

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh pelajar yang berumur 10 tahun dan kebawah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai internet disamping itu mengajar para pelajar mencari maklumat berkaitan dengan subjek yang mereka belajar disekolah untuk mengulangkaji.

 

Aktiviti

Kelas ini telah diadakan di Bilik Latihan PI Kg Tanah Hitam. Antara aktiviti yang diadakan adalah perbentangan slide dari Penolong Pengurus, setiap para pelajar disuruh untuk datang ke hadapan dan memberi contoh cara-cara mencari maklumat. Diakhir kelas, para pelajar diuji kefahaman dengan kuiz mengunakan Kahoot.

 


 

 Tarikh  : 07 November 2017
 Masa   : 02.00 petang- 04.00 petang
 Tempat   : Bilik Latihan PI Kg Tanah Hitam
 Peserta   : 15 Peserta 

 

WhatsApp-Image-2017-11-08-at-8.22.48-AM

 

Tujuan

Kelas ini telah disertai seramai 15 orang peserta. Terdiri daripada pelajar sekolah rendah yang berumur 8 tahun sehingga 10 tahun. Tujuan Kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta mengenai windows dan mengajar para pelajar cara- cara membuat folder mereka sendiri di dalam komputer. 

 

Aktiviti

Kelas ini telah diadakan di Bilik Latihan PI Kg Tanah Hitam. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah pembentangan slide pengenalan windows. Selepas itu, para peserta dikhendaki untuk membuat folder dengan meletakkan nama mereka sendiri di folder tersebut. Para peserta juga telah belajar cara mengunakan tetikus dengan betul. Di  akhir aktivti ini, telah dijalankan kuiz  Pengenalan Windows mengunakan Kahoot, bertujuan untuk menguji kefahaman para peserta.