Tarikh  : 4 November 2017
  Masa   : 02.00petang -04.00 petang
 Tempat   : Pusat Internet Kg Tanah Hitam
 Peserta   : 36 Peserta


WhatsApp-Image-2017-11-04-at-12.53.18-PM-2

 

Tujuan

Aktiviti ini telah disertai 36 orang pelajar terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan rendah. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah ingin memberi pendedahan dan mengajar pengunaan dashboard komuniti. Dengan adanya aktiviti sebegini, para peserta tidak ketinggalan mengikuti setiap pertandingan yang dijalankan oleh MCMC, ataupun pihak MSD dan TM. 

Aktiviti

Aktiviti ini dijalankan di Pusat Internet Kg Tanah Hitam. Antara aktiviti yang dijalankan adalah slide presentation dari Penolong Pengurus, selepas itu, demontrasi pengunaan log masuk mengunakan komputer riba dan juga log masuk Dashboard Komuniti mengunakan PC. Setiap peserta akan membuat sendiri mengikut demontrasi yang telah dibuat oleh Penolong Pengurus.

---------------Gambar Di Sini-----------------------------


 

 Tarikh  : 4 November 2017
 Masa   : 08.30-12.50
 Tempat   : Bilik Latihan PI Kg Tanah Hitam
 Peserta   : 13 peserta

 

WhatsApp-Image-2017-11-04-at-12.53.18-PM-3

 

Tujuan 

Aktiviti ini telah disertai oleh 13 orang peserta yang terdiri sekolah rendah. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk menyedarkan para pelajar akan bahayanya kesan jenayah siber dan juga memberi pendedahan tentang MCMC ataupun dikenali Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.

 

Aktiviti 

Aktiviti ini telah dijalankan di bilik latihan PI Kg Tanah Hitam. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pembentangan slide Hak Dan Tanggungjawab dari Penolong Pengurus dan kuiz online mengunakan Kahoot. 


 

 

 Tarikh  : 28 Oktober 2017
 Masa  : 09.00 pagi- 01.00 ptg
 Tempat   : Pusat Internet Kg Tanah Hitam
 Peserta   : 23 Peserta

 

IMG20171028114819

Tujuan

Program ini telah disertai 23 orang peserta terdiri pelajar sekolah rendah dan menengah. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai kaedah pembelajaran secara talian.

 

Aktiviti

Program ini dijalankan di PI Kg Tanah Hitam. Antara aktiviti yang dijalankan adalah para peserta akan menonton video tutorial cara-cara membuat kirigami terlebih dahulu. Templet diberikan kepada peserta untuk penghasilan kirigami. Aktiviti sampingan seperti permainan BINGO turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana. Penyampaian hadiah kepada pemenang dilakukan pada penghujung aktiviti.

------------------- Gambar Di Sini ----------------------------


 

 Tarikh  : 29 Oktober 2017
 Masa   : 09.00- 01.00 
 Tempat   : Bilik Latihan PI Kg Tanah Hitam
Peserta   : 12 orang peserta

 IMG20171029084101

 

Tujuan

Tujuan aktiviti ini adalah untuk memeriahkan lagi aktiviti-aktiviti di PI bersama Komuniti. 

 

Aktiviti

Aktiviti ini dijalankan di PI Kg Tanah Hitam. Aktiviti pertama ialah menyelesaikan Jigsaw Puzzle secara online. Pemenang akan dipilih berdasarkan masa yang tercepat menyelesaikan puzzle. Aktiviti kedua adalah kuiz online dengan aplikasi Kahoot. Pemenang akan dipilih berdasarkan jawapan yang betul dan paling cepat. Penyampaian hadiah diadakan pada sebelah petang pada 29 oktober 2017.

---------------------Gambar Di Sini------------------------------


 

 Tarikh  : 27 Oktober 2017
 Masa  : 09.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat   : Bilik Latihan PI Kg Tanah Hitam
Peserta   : Ketua Kampung & AJK Kampung Tanah Hitam

 

DSC00864

 

Tujuan

Mesyuarat ini diadakan adalah untuk melantik AJK PI sekali gus perbincangan untuk hari Bersama yang bakal diadakan 26 Novermber 2017. Perbincangan ini telah disertai oleh Ketua Kampung Tuan Haji Adenan Bin Karudin dan Ahli Jawatan Kuasa Kampung. Selain itu, mesyuarat ini bertujuan untuk meminta pendapat dan bantuan untuk membantu komuniti terutamanya di Kampung Tanah Hitam dengan adanya Pusat Internet Kg Tanah Hitam di daerah Sematan.

 

Aktiviti

Perbincangan ini diadakan di Bilik Latihan PI Kampung Tanah Hitam. Antara agenda mesyuarat adalah Pengenalan Pusat Internet Kg Tanah Hitam, Pemilihan Ahli Jawatan Kuasa PI Kg Tanah Hitam, pengenalan aplikasi Dashboard Komuniti PI Kg Tanah Hitam, dan yang terakhir adalah perbincangan mengenai Hari Bersama Komuniti PI Kg Tanah Hitam pada 26 November 2017.