Tarikh  : 07 November 2017
 Masa   : 02.00 petang- 04.00 petang
 Tempat   : Bilik Latihan PI Kg Tanah Hitam
 Peserta   : 15 Peserta 

 

WhatsApp-Image-2017-11-08-at-8.22.48-AM

 

Tujuan

Kelas ini telah disertai seramai 15 orang peserta. Terdiri daripada pelajar sekolah rendah yang berumur 8 tahun sehingga 10 tahun. Tujuan Kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta mengenai windows dan mengajar para pelajar cara- cara membuat folder mereka sendiri di dalam komputer. 

 

Aktiviti

Kelas ini telah diadakan di Bilik Latihan PI Kg Tanah Hitam. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah pembentangan slide pengenalan windows. Selepas itu, para peserta dikhendaki untuk membuat folder dengan meletakkan nama mereka sendiri di folder tersebut. Para peserta juga telah belajar cara mengunakan tetikus dengan betul. Di  akhir aktivti ini, telah dijalankan kuiz  Pengenalan Windows mengunakan Kahoot, bertujuan untuk menguji kefahaman para peserta.