Tarikh

: 1 Oktober 2021

Masa

: 10.00 AM - 11.00 AM

Tempat

: PIK Kg Tanah Hitam

Peserta

: 2 Peserta

 

Tujuan

Kelas Bahasa Mandarin anjuran PIK e-Tuisyen ini bertujuan untuk memberikan kemudahan kepada individu yang berminat untuk belajar Bahasa Mandarin daripada tenaga pengajar yang profesional. Kelas ini terbuka kepada peserta daripada semua peringkat umur. Para peserta diajar ayat-ayat asas yang biasa digunakan dalam komunikasi seharian.

 

Aktiviti

 

Aktiviti ini diadakan menggunakan aplikasi Zoom seiring dengan situasi pandemik kini. Petugas menyediakan kelengkapan untuk subjek yang dipilih. Peserta diberi penerangan tentang topik yang diberikan.

 

Gambar Disini

 

 

Tarikh

: 20 September 2021

Masa

: 8.00 AM - 5.00 PM

Tempat 

: Facebook Page Pusat Internet

  Komuniti Kg Tanah Hitam

Peserta 

: Komuniti Setempat 

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada ibu bapa bahawa mereka memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak untuk memanfaatkan internet pada masa ini termasuklah mendedahkan anak-anak dengan segala maklumat berkaitan internet. Hal ini disebabkan anak-anak perlu diberitahu mengenai baik buruk penggunaan internet sebelum mereka didedahkan dengan cara menggunakan kemudahan internet secara bijak.

 

Aktiviti ini juga bertujuan untuk mengingatkan ibu bapa agar mereka perlu faham, bijak dan memahami fungsi internet dalam kehidupan. Sekiranya ibu bapa sendiri faham dan cakna fungsi internet dalam kehidupan sudah pasti anak-anak akan faham dan tidak terjebak perbuatan salah laku semasa menggunakan internet.

 

Aktiviti

 

Aktiviti ini diadakan secara atas talian menggunakan medium media sosial iaitu Facebook Page Pusat Internet Komuniti Kg Tanah Hitam dan aplikasi WhatsApp. Petugas memberi penjelasan sekiranya terdapat pertanyaan daripada komuniti serta memberi rujukan laman web untuk memudahkan komuniti faham mesej yang disampaikan.

 

Pautan Facebook: https://www.facebook.com/189908521526365/posts/1229321697585037/

 

Gambar Disini 

  

Tarikh

: 17 September 2021

Masa

: 8.00 AM - 5.00 PM

Tempat 

: Facebook Page Pusat Internet

  Komuniti Kg Tanah Hitam

Peserta 

: Komuniti Setempat 

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada peserta beberapa tip keselamatan semasa menggunakan komputer awam di mana-mana tempat awam yang menyediakan kemudahan komputer. Aktiviti ini membolehkan peserta untuk sentiasa mempraktik tip-tip keselamatan ini untuk memudahkan urusan semasa menggunakan komputer awam.

 

Aktiviti

 

Aktiviti ini diadakan secara atas talian menggunakan medium media sosial iaitu Facebook Page Pusat Internet Komuniti Kg Tanah Hitam dan aplikasi WhatsApp. Petugas memberi penjelasan sekiranya terdapat pertanyaan daripada komuniti serta memberi rujukan laman web untuk memudahkan komuniti faham mesej yang disampaikan.

 

Pautan Facebook: https://www.facebook.com/189908521526365/posts/1227436541106886/

 

Gambar Disini 

  

Tarikh

: 18 September 2021

Masa

: 2.00 PM - 3.00 PM

Tempat

: Kediaman Peserta / Zoom

Peserta

: 1 Peserta

 

Tujuan

Kelas e-Tuisyen anjuran MSD Digital Intelligence ini bertujuan untuk memberikan kemudahan kepada komuniti setempat terutamanya golongan pelajar sekolah rendah dan menengah untuk mendapatkan pembelajaran tambahan daripada guru-guru tuisyen luar yang profesional. Seiring dengan situasi pandemik kini, pelajar kemungkinan mengalami kesukaran untuk mengadaptasi pembelajaran secara PDPR.

 

Aktiviti

 

Aktiviti ini diadakan menggunakan aplikasi Zoom. Petugas menyediakan kelengkapan untuk subjek yang dipilih. Peserta diberi penerangan tentang topik yang diberikan.

 

Gambar Disini

Tarikh

: 21 - 31 Ogos 2021

Masa

: Sepanjang Tempoh Pertandingan

Tempat 

: Google Form / Aplikasi Tiktok

Peserta 

: Komuniti Setempat 

 

Tujuan

Pusat Internet Komuniti Kluster Daerah Lundu telah mengadakan aktiviti seperti kuiz dan video kreatif sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021. Aktiviti ini bertujuan untuk memupuk dan meningkatkan semangat kemerdekaan dalam kalangan komuniti serta sama-sama berkongsi kemeriahan sambutan kemerdekaan di masa pandemik ini. 

 

Aktiviti

 

Aktiviti pertama iaitu Kuiz Hari Kebangsaan Malaysia 2021 diadakan mengunakan Google Form. Selain itu, Video Kreatif Bertema Kemerdekaan pula diadakan melalui aplikasi Tiktok. Hebahan mengenai aktiviti ini diadakan secara atas talian menggunakan medium media sosial iaitu Facebook Page Pusat Internet Komuniti dan aplikasi WhatsApp. Petugas memberi penjelasan sekiranya terdapat pertanyaan daripada komuniti.

 

Gambar Disini